January 13, 2015

Kg Temalir, Kuala Krai Dilanda Banjir Besar -24 Disember 2014

Posted by En.Mat Ju

24 Disember 2014 satu tarikh yg akan dikenang sepanjang zaman bg penduduk Kuala Krai khususnya Kg Temalir. Air sungai naik secara mendadak seolah-olah “Tsunami”.
Pusat penempatan banjir dibuka serta-merta di SK Temalir dan Masjid Temalir. Sebanyak 2 kali helicopter mendarat di padang SK Temalir utk menghantar bantuan makanan.
26 Disember 2014 pd hari Jumaat, laungan azan dengan nada yg sangat sayu. Bacaan khutbah Jumaat “tanpa teks” oleh Imam Muda dgn nada yg sebak berkisarkan tentang peristiwa banjir dan perlunya persepakatan sesama insan semasa menghadapi musibah.
Alhamdulillah, bantuan makanan dan air bersih sudah sampai satu persatu. Terima Kasih kpd individu, NGO dan Persatuan Anak-Anak Temalir yg menghulurkan sumbangan makanan dan pakaian.
Apa yg dpt sy rumuskan, Kuala Krai "lumpuh" sepenuhnya dan perlu dibangunkan semula.
Kesemua pasaraya yg membekalkan makanan utk penduduk di Kuala Krai musnah dan kami bergantung pd makanan bantuan semata-mata. Bekalan makanan terpaksa dibeli di bandar Machang agak jauh sedikit. Alhamdulillah, Kg Temalir dpt bekalan elektrik smlm setelah 7 hari dlm kegelapan. Bekalan lilin habis.
Sepanjang kejadian banjir, tiada kematian direkodkan di Kg Temalir.
Bekalan petrol juga sudah ada lepas beberapa jalan boleh dilalui.
Apa nk dikata penutup 2014 dgn "penuh tangisan"...Allah Maha Besar, semua kejadian kehendak-Nya.






0 comments: