May 8, 2018

Percutian Ke Pulau Redang

Posted by En.Mat Ju

Day 1

 Pada 1.5.2018 yang lepas, saya dan isteri berkesempatan untuk pergi bercuti ke Pulau Redang. Perjalanan kami dari Kg Temalir,  Kuala Krai ke Jeti Merang mengambil masa kira² 2 jam 18 minit (142 km). Kami bertolak selepas solat subuh lebih kurang pukul 6.30 pagi dan sampai di Jeti Merang lebih kurang pukul 8.45 pagi. Kebetulan pada hari tersebut cuti umum dan jalan tidak sesak. Sampai di Jeti Merang terus cari tempat "parking" kereta yang hampir dengan jeti. Caj Rm10.00 sehari dikenakan. Rm10.00 x 4 hari = Rm 40.00 untuk "parking", kalau anda cepat dapat la "parking" berbumbung ...In shaa Allah, selamat.


 Penjaga "parking" tersebut sangat ramah orangnya, siap bagi info berkaitan bot untuk ke Pulau Redang. Pakcik tersebut mencadangkan kepada kami untuk menggunakan perkhidmatan bot dari syarikat "Zzulaikha Boat Services". Lebih senang amik tiket pergi dan balik terus. Rm 110.00 x 2 paxs = Rm 220.00.



 Di Jeti Merang, untuk akses jeti dikenakan bayaran sebanyak Rm 5.00 seorang bagi dewasa. Rm 5.00 x 2 paxs = Rm10.00. Tiket Taman Laut juga Rm 5.00 seorang bagi dewasa. Rm 5.00 x 2 paxs = Rm 10.00.








 Kami bernasib baik, hari yang kami pergi ke Pulau Redang tak ramai orang. Naik bot berdua je. Agak berdebar²  jugak sebab "first time" naik bot kecik di tengah²  Laut China Selatan. Perjalanan dari Jeti Merang ke Pulau Redang (Jeti Kampung) mengambil masa lebih kurang 30 - 40 minit. Sangat cepat kalau nak dibandingkan naik feri di Jeti Shah Bandar di Kuala Terengganu yang mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih perjalanan.




 Sampai je di Jeti Kampung Redang, kami terus cari kedai makan yang berhampiran. Harga makanan sekitar jeti sangat murah,  nasi berlauk + air teh o ais x 2 paxs = Rm 12.60 .

 Dari jeti ke Hotel Redang Island, ada "shutter bas/van" disediakan oleh pihak hotel. Terima kasih kat kakak dan abang ipar kami yang sudi "sponsor" tempat penginapan.

 Oleh kerana ramai "guest" yang dah "check out" awal pagi, kami dapat "check in" lebih awal jugak. Dapat lah rehat awal dan sedia untuk solat zuhur.






 Selepas solat asar dan cuaca sedikit redup, kami amik peluang untuk jalan² sekitar resort. Ada pantai yang berhampiran resort tetapi tak sesuai untuk mandi. Air kurang bersih dan ada sedikit sampah sarap mungkin dari jeti yang berhampiran resort.







Disebabkan hari hujan, kami tak dapat nk cari makanan di luar resort. Untuk makan malam pulak, kami makan di Santapan Cafe Redang Island Resort. Makan malam x 2 paxs = Rm 70.00.



Video rangkuman hari pertama : Tekan Klik untuk lihat video

Day 2

 Aktiviti seterusnya, ronda² sekitar Kampung Pulau Redang. Kami menggunakan perkhidmatan sewa motosikal untuk setengah hari cajnya Rm 45.00.





 Sarapan nasi lemak di kedai yang berhampiran "public beach". Sarapan x 2 paxs = Rm 19.00. Siap je sarapan terus kami ronda² kampung dan ke "public beach". Di situ ada gerai yang menyediakan sewaan alat² snorkelling. Terdapat penyu jinak di sekitar "public beach". Kami hanya santai² tepi pantai sambil² minum air kelapa di gerai Ombak Redang. Air kelapa Rm 10.00 sebiji, kami amik sebiji je kongsi².










 Kami makan tengahari kat Asmadi Guest House. Makan tengahari x 2 paxs = Rm 23.00.





 Pukul 6.00 petang hingga 10.30 malam, kami bersiar² ke "Long Beach Day Out". Amik pakej kat lobi hotel. Rm 40.00 x 2 paxs = Rm 80.00.










Video rangkuman hari kedua : Tekan klik untuk lihat video

Day 3

 Hari ketiga, aktiviti seterusnya kami ke "Marine Park Snorkelling" bermula pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang. Cajnya Rm 25.00 x 2 paxs = Rm 50.00.



 Balik dari "snorkelling", kami sewa motosikal lagi tapi untuk sejam je. Cajnya Rm 20.00. Kami makan malam di Kieara Cafe. Makan malam x 2 paxs = Rm 49.50, siap bungkus keropok lekor dan wedges. Cafe ni jugak menyediakan perkhidmatan "food delivery".





Video rangkuman hari ketiga : Tekan klik untuk lihat video

Day 4

 Sebelum "check out", kami sempat berendam kat "pool" hotel.
Pukul 11 pagi kami "check out" dan sempat bersarapan di kedai yang berhampiran jeti. Sarapan x 2 paxs = Rm 11.00. Lepas "check out", terus call kaunter bot di Jeti Merang. Bot dari sana akan amik kami di Redang.



 Alhamdulillah selamat sampai di Jeti Merang. Singgah di Pantai Penarik untuk menikmati sotong dan udang celup tepung yang sebelum ni "viral" di media sosial.




 Sampai di sini saja coretan dari kami, semoga memberi manfaat kepada anda semua.

0 comments: