November 17, 2014

Popia Mini Inti Serunding Daging

Posted by En.Mat Ju


Popia yg dah siap digulung.

Bahan-bahan :

1.Kulit popia (segera)

2.Serunding daging yg dikisar halus - dijadikan sbg inti

3.Sedikit tepung gandum + sedikit air - kacau sehingga likat dan dijadikan sbg gam utk melekat gulungan popia




selamat mencuba !






0 comments:

November 9, 2014

Bubur Asyura

Posted by En.Mat Ju


Hari ni dapat bubur asyura daripada KRT Bukit Bangsar yang diedar ke setiap rumah. Terima kasih kepada pihak yang berkenaan..

Teringat zaman kanak-kanak dulu, kat kampung buat gotong-royong untuk memasak bubur asyura. Bagi yang "tukang kacau" kawah memang kena ramai sb nk masak bubur ni amik masa yang agak lama. Jadi kacau berganti-ganti.

Sambil menunggu bubur masak, masing-masing cari tempurung kelapa dan bersihkan. Bila bubur asyura dah masak, kami semua mula beratur dan tadah "tempurung". Makan bubur asyura dalam tempurung kelapa memang satu kenangan atau "legend" bagi kami. Sekarang tak pasti masih diamalkan atau tidak.

0 comments:

November 6, 2014

Buat Duit Dengan Iklan Nuffnang Di Blog Anda

Posted by En.Mat Ju

Lebih kurang dua tahun lepas, saya hanya menulis blog untuk "suka-suka" saja. Kebetulan ada rakan sekerja yang juga suka menulis blog dan beliau "memperkenalkan" saya dengan Nuffnang.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Nuffnang dan cara-cara buat duit di blog anda, sila klik.

Alhamdulillah, hari ni saya sudah boleh "redeem" cek walaupun nilainya tak banyak.


Terima kasih kepada rakan-rakan "blogger" yang banyak berkongsi informasi.





0 comments: