April 30, 2013

Analisa Dun N41 Manik Urai - PRU 13

Posted by En.Mat Ju


Analisa Dun N41 Manik Urai PRU 13

Berikut adalah sedikit fakta PRU ke-12, 2008 berbanding dengan PRU-11, 2004 dan PRK MU, 2009; (sumber : http://kalamperantau.wordpress.com/2009/07/16/prk-manek-urai-pengajaran-kepada-pas-dan-umno-menjelang-pru-ke-13/)
PRU 12; 2008
Ismail Yaacob (PAS) – 5,746 undi
Zulkepli Omar (UMNO) – 4,394 undi
Majoriti – 1,352 undi

PRU 11; 2004
Zulkepli Omar (UMNO) – 4,362 undi
Mohd Zamzuri Mat Lazim (PAS) – 4,309 undi
Majoriti – 53 undi

PRK N41 MU; 2009
Mohd Fauzi Abdullah (PAS) – 5,348 undi
Tuan Aziz Tuan Mat (UMNO) – 5,283 undi
Majoriti – 65 undi



Kenali Calon Kita Untuk PRU 13

 Haji Mohd Fauzi (PAS)  VS  Che Jalal Muda (BN)



Biodata Calon PAS - Haji Mohd Fauzi


Latar Belakang :
Haji Mohd Fauzi Abdullah, mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood. Beliau lahir di Bukit Marak, Kelantan. Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, beliau mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Politik :
Terbabit dengan PAS sejak muda lagi.
Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai,
Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.


Kemasyarakatan :

Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai.

Pengalaman Kerja :

Penyelia Pilihanraya Dun Guchil
Ahli Majlis Daerah Kuala Krai
Pengusaha dan peniaga Ikan di Bandar Kuala Krai

Pendidikan :

Menengah Rendah

(Sumber : http://idealismalaysia.blogspot.com/2009/06/biodata-calon-pas-haji-mohd-fauzi-calon.html )



Biodata Calon BN - Che Jalal Muda

Berasal : 
Kampung Manek Urai, Kuala Krai, Kelantan.

Politik :
Merupakan Penyelaras Dewan Undangan Negeri Manek Urai (Barisan Nasional)

Pendidikan :
Universiti Putra Malaysia (UPM Serdang)
SMK Kuala Krai, Kelantan.



Walau apa pun, ianya bergantung kepada semua penduduk di DUN Manik Urai untuk memilih calon yang dirasakan terbaik, seterusnya memberikan kemenangan majoriti kepada calon berkenaan.

Akhir kata, selamat menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi. 




0 comments:

April 27, 2013

Bowling Edisi April 2013

Posted by En.Mat Ju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

Pada 20 April 2013 yang lalu, saya dan rakan-rakan sempat meluangkan masa bersama-sama untuk bermain bowling. Kami memilih wangsa walk sebab ramai antara kami tinggal di sekitar kawasan tersebut.


Pada hari sabtu dan ahad, harga untuk 1 "game" - RM 7.50 + kasut - RM 2, stokin kami bawa sendiri. Bagi yang tak bawak stokin, anda kena beli stokin tersebut di kaunter dengan harga RM 2 sepasang.

Pukul 2 petang kami semua berkumpul. Selesai saja membuat urusan pembayaran dan mengambil kasut, kami terus memulakan permainan.


Balingan pertama daripada saya.










Macam-macam gelagat yang dipamerkan.

Selepas bermain, sudah pasti perut jadi lapar. Kami singgah di GeorgeTown White Coffee Wangsa walk sekejap untuk menjamu selera.







Program kali ini telah berjaya diadakan, InsyaAllah kami akan anjurkan lagi di lain masa. Terima kasih kepada semua yang terlibat.

0 comments:

April 15, 2013

Hari Minggu di Port Dickson

Posted by En.Mat Ju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Pada 13 & 14 april 2013, saya telah mengikuti rombongan atau lebih senang "family day" Sekolah Rendah Agama Al-Muhsinin. Makcik saya salah seorang tenaga pengajar di sekolah tersebut, jadi saya amik peluang untuk pergi bercuti bersama mereka. Kami di Port Dickson selama 2 hari 1 malam. Di sini saya ingin kongsikan aktiviti-aktiviti selama kita di sana.

13 April 2013 - Sabtu

- Pukul 7.30 pagi kita semua berkumpul di perkarangan Sekolah Rendah Agama Al-Muhsinin.

- Pukul 8 pagi bertolak ke Port Dickson

- Pukul 10 pagi kami sampai di sana.





Terus bentang tikar dan menjamu selera di tepian pantai.



Anak-anak kecil ambil peluang main air sambil diawasi bapa masing-masing.





Aktiviti bebas di pantai.



- Pukul 12 tengahari kami semua "check in" di Cozzi Hotel. Hotel ini antara hotel yang paling dekat dengan pantai. Segala informasi berkenaan hotel ini anda boleh layari di sini http://www.cozzihotels.com/ .

- Pada sebelah petang pula, lebih kepada aktiviti santai. Ada yang mandi di kolam renang di hotel, mandi laut dan ada yang menikmati makanan di kawasan sekitar.


Di lobi hotel, sebelum makan malam.

- Pukul 8 malam, kami semua konvoi ke Restoren Kemang Indah. Lokasinya lebih kurang 1km dari hotel. 

Menu makan malam kami, nasi putih + ikan siakap 3 rasa + tomyam + kailan ikan masin + sotong celup tepung + telur dadar + sirap laici. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yang "sponsor" makan malam tersebut.




14 April 2013 - Ahad

- Pukul 7 - 9 pagi, sarapan di perkarangan hotel dan seterusnya aktiviti bebas.


Sebelum "check out" saya ambil peluang untuk melihat kawasan sekitar pada waktu pagi. Suasana sangat tenang sebab belum ramai lagi pengunjung pada waktu pagi.

- Pukul 12 tengahari kami semua "check out". 



Barisan tenaga pengajar Sekolah Rendah Agama Al-Muhsinin.


Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan, InsyaAllah kita jumpa lagi di lain masa. Terima kasih kepada pihak penganjur.










0 comments: