January 8, 2013

Nasib Seorang Penoreh Getah

Posted by En.Mat Ju

Seperti yang kita tahu, cuaca sepanjang tahun sangat tidak menentu. Namun, saya kagum dengan mereka yang bekerja sebagai "penoreh getah". Mereka masih boleh hidup atau menanggung anak-anak bersekolah walaupun tidak dapat menoreh pada musim tengkujuh. Pasaran getah juga tidak menentu, adakala naik dan adakala harganya turun.


Bila pasaran getah meningkat, kita akan lihat kehidupan "penoreh" ini sangat mewah. Bole kata barangan dalam rumah sebahagiannya ditukar yang baru. Bagi mereka yang kita anggap "veteran" takde apa yang nak ditukar baru, duit hanya disimpan sahaja selain untuk makan dan minum di kedai kopi. 

Walau apa pun, kita harus bersyukur dengan pekerjaan yang ada sekarang. 

2 comments:

  1. menoreh getah dah bagus...cuma jgn ada yg jadi pencuri getah pulok terrrrr....kesian la dekat penoreh yg bertungkus lumus menoreh setiap ari.....

    ReplyDelete