January 11, 2013

"Pencopek" di Hentian Putra

Posted by En.Mat Ju

Hentian Putra seperti yang kita sedia maklum ialah stesen bas ke arah pantai timur. Dekat situ memang tempat tumpuan ramai dan macam-macam gelagat manusia kita bole tengok. Setiap kali nak balik kampung sudah pasti makcik saya akan pesan "kalau nak sembahyang kat surau, beg tu letak kat depan..senang nampak" . Pesanan itu saya tak akan lupa sebab dalam beg yang saya bawak ada barang berharga seperti "laptop" kesayangan. Dengan "laptop" itu lah saya mencari rezeki selama ni.

Semenjak saya merantau di Kuala Lumpur selama 4 tahun ni, rasanya saya sudah arif dengan suasana di Hentian Putra. Anda jangan leka jika membawa barangan yang berharga, di situ memang ada pencuri tanpa kita sedar. Pernah sebelum ni, pelajar universiti yang sedang menunggu bas kehilangan beg berisi laptop. Tapi saya tak nak mengulas tentang kisah pelajar terbabit.

Pada cuti tahun baru yang lepas, saya menaiki bas dari Kuala Krai (Kelantan) lebih kurang jam 11 malam dan sampai di Kuala Lumpur (Hentian Putra) pukul 5.30 pagi. Untuk pulang ke rumah, saya memilih untuk naik Star LRT lebih murah berbanding mengambil teksi yang harganya "cekik darah" di pagi hari. Stesen LRT tak lah jauh, sekarang senang sebab ada jejantas dari Hentian Putra terus ke stesen Star LRT.

Semasa saya berjalan di jejantas terbabit, tiba-tiba datang seorang lelaki yang tingginya lebih kurang saya dan badan tegap sedikit serta berkepala botak. Dari arah belakang : ( lelaki terbabit bercakap dalam loghat Kelantan ).

Lelaki botak : abe...abe...tunggu meta ! (translate : abang...abang...tunggu sekejap ! )

Saya : gapo boh...? ( translate : apa dia  ? )

Lelaki botak : abe...kito ni baru tubek jail, mitok duit sepuloh riya nok wat make...abe amik talipon kito nie.. ( translate :  abang, saya ni baru keluar penjara, mintak duit sepuluh ringgit untuk beli makanan....abang amik telefon saya ni....)

Telefon yang ditawarkan kepada saya mungkin telefon curi. Saya terus menolak pelawaan tersebut.

Saya : kawe tok sir talipon nie boh....kalu demo nok jual, demo jual ko ore lain lah bawoh tu.....( translate : aku tak nak telefon nie....kalau kau nak jual, kau jual je dekat orang lain kat bawah tu....)

Lelaki botak : sepuloh riya jah abe...( translate : sepuluh ringgit je bang )

Saya : tok sir kawe.... ( translate : aku tak nak lah )


Saya meneruskan perjalanan dan lelaki terbabit kembali ke arah stesen bas mungkin untuk mencari mangsa yang lain. Apa yang saya nampak, Hentian Putra sangat tidak selamat. Keselamatan di bahagian letak kereta juga tidak terjamin walaupun ada "cctv". Mungkin ini saje yang dapat saya berkongsi dengan anda semua, berhati-hatilah dengan orang di sekeliling anda bukan sahaja di Hentian Putra, tapi dimana-mana saja.

Sekadar Gambar Hiasan










2 comments:

  1. bagus terrr..ini untuk peringatan kita semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la abe wa, keno beringat kt Hentian Putra tu...

      Delete