January 21, 2014

Hadiah Saguhati daripada Mudah.my

Posted by En.Mat Ju

Tahun lepas saya ada menyertai salah satu pertandingan cipta slogan anjuran mudah.my tapi sayang hanya mendapat hadiah saguhati sahaja. Mungkin ini pembakar semangat untuk saya menyertai pertandingan yang lain pula. 

T Shirt Mudah.my


File

Pelekat Kereta


Buku Catatan

Terima Kasih Mudah.my...

0 comments:

January 6, 2014

Roti Jala

Posted by En.Mat Ju

Saya telah mencuba resepi dibawah dan ianya berjaya. Kredit kepada http://iresipi.com/resepi/roti-jala .

Resepi Roti Jala -

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
2 biji telur.
1 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
6 sudu mentega cair
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit

Cara Membuat:

1. Bancuh tepung dengan susu, garam, mentega cair dan telur sehingga sebati dan tuangkan air . Elakkan dari adunan menjadi berketul samada menggunakan blend atau menapis terlebih dahulu

2. Panaskan kuali leper, disarankan menggunakan non stick pan untuk tidak melekat, dan letakkan sedikit minyak


3. Kiraikan di atas kuali leper. Apabila roti kelihatan kekuningan dan agak garing, angkat dan gulungkan seperti di dalam gambar



0 comments: