March 19, 2013

Sinopsis - Kantoi

Posted by En.Mat Ju


  Mengisahkan tentang dua orang sahabat iaitu Meon dan Jenal. Dua sahabat baik ini telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah apartment.

  Suatu hari semasa mereka sedang menjalankan tugas, Meon telah melihat seseorang yang mencurigakan di tempat parkir kereta. Seorang lelaki yang sedang memasukkan bungkusan hitam ke dalam bonet kereta. Kejadian misteri itu menjadi tanda tanya kepada mereka berdua. Ketika kejadian Jenal sempat mencatat no plat kereta tersebut. Mereka mengambil keputusan untuk tidak melaporkan kepada pihak polis. Meon dan Jenal ingin menyiasat sendiri tentang kejadian tersebut.

  Lelaki misteri tersebut menetap di sebuah apartment. Rumahnya telah berjaya dikesan oleh Meon dan Jenal. Lelaki tersebut merupakan seorang “playboy” dan sentiasa membawa pulang perempuan yang berlainan ke rumahnya. Meon dan Jenal cuba mendekati lelaki tersebut tetapi ianya agak susah kerana lelaki terbabit sentiasa diawasi oleh orang upahannya.

  Setelah diselidik oleh Meon dan Jenal, mereka dapat mengenal pasti bahawa lelaki misteri tersebut melakukan kegiatan culik dan bunuh kanak-kanak. Lelaki ini melakukan sindiket menjual organ kanak-kanak ke negara Thailand. Meon dan Jenal telah mencari jalan untuk menyelamatkan beberapa orang lagi kanak-kanak yang diculik. Meon dan Jenal telah membuat beberapa perangkap untuk menangkap lelaki tersebut termasuk konco-konconya.

0 comments:

March 12, 2013

Lepak - Pizza Hut Ampang Park

Posted by En.Mat Ju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

  Hari ni saya dan rakan buat aktiviti sikit iaitu "berjalan mencari makan" .....hehe. Nama atau tajuk aktiviti tak boleh sama dengan salah satu rancangan kat tv tu, takut nanti kita kena saman lak....hehe. Dari opis Megan Avenue II, Yap Kwan Seng kita berjalan ke LRT KLCC. Tambang RM 1 sehala naik LRT dari KLCC ke Ampang Park. Hari ni kita dah set untuk makan Pizza . Pizza Hut Ampang Park selalunya akan penuh pada waktu makan tengahari, kalau boleh kena datang awal sikit lah. Ok itu sahaja lah info yang dapat saya berikan....InsyaAllah, kita cuba kongsikan di tempat yang lain pula.


Sensasi Delight Set





0 comments:

March 7, 2013

Sinopsis - Penghulu Ekspres

Posted by En.Mat Ju


 Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan jauh di pendalaman. Kampung pula diberi nama “Ceruk Rantau”. Penduduk kampong gempar seketika apabila diberitakan bahawa penghulu kampong yang disanjungi telah meninggal dunia.

 Konflik berlaku apabila penduduk kampong masing-masing menjadi gusar kerana tiada seorang pun dikalangan mereka mampu atau layak memikul tanggungjawab sebagai penghulu.

 Walau apa pun, pihak yang berkenaan telah mengarahkan penduduk kampong untuk membuat undian sebulat suara siapa yang patut diangkat menjadi penghulu.

 Penduduk kampong yang berkeinginan untuk menjadi penghulu masing-masing cuba melobi untuk mendapatkan sokongan daripada saudara-mara masing-masing walaupun pada hakikatnya memang mereka tidak layak jadi penghulu.

 Ropi seorang pemuda yang masih bujang,suka berangan untuk menjadi pegawai tetapi pendidikannya hanya setakat darjah 6 sahaja tetap mengambil bahagian untuk menjadi penghulu.

Ropi meminta bantuan maknya untuk melobi orang kampong. Mak Ropi sangat berpengaruh di kampong kerana maknya ketua ahli jawatan kuasa kenduri kampong. Tambahan pula di kampong sebilangan besar atau majoriti penduduknya adalah golongan perempuan. Anak muda yang lelaki ramai keluar merantau ke bandar. Ini memberi kelebihan kepada Ropi.

 Ropi telah menang dalam pengundian dan telah dilantik sebagai penghulu kampong “Ceruk Rantau”. Pada dasarnya Ropi memang penghulu tetapi segala keputusan atau permasalahan orang kampong maknya yang akan selesaikan. Maknya berperanan besar dan merupakan sebagai penasihat kepada Ropi. Maknya tidak menganggap itu sebagai beban sebabnya duit elaun penghulu kampong sebanyak RM 500 sebulan, Ropi akan berikan semua kepadanya. Ropi bekerja sebagai penoreh getah, duit hasil toreh getah sudah cukup baginya. Duit elaun penghulu dapat membantu emaknya untuk perbelanjaan harian.

 Setahun kemudian, emak Ropi telah meninggal dunia. Ropi mengambil keputusan untuk meletak jawatan kerana “orang kuat” iaitu maknya sudah tiada untuk menyelesaikan segala permasalahan orang kampong. Ropi kembali kepada asal dan tumpu kepada kerjanya sebagai penoreh getah. Berlaku sekali lagi kegusaran orang kampong untuk mencari pengganti penghulu.

p/s: “Jawatan dan kesenangan hanyalah untuk seketika”.

0 comments:

March 6, 2013

Sinopsis - Syurga Dunia

Posted by En.Mat Ju


 Cerita ini berkisarkan tentang seorang pemuda yang bekerja sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta. Pemuda yang dimaksudkan bernama Amin telah bekerja di syarikat terbabit sudah menjangkau 5 tahun. Amin juga merupakan seorang graduan di salah sebuah universiti tempatan. Dalam waktu yang sama Amin juga merupakan penagih pil khayal. Amin mengambil pil tersebut sebagai penenang setelah menghadapi masalah atau tekanan di tempat kerja.

 Sekali-sekala Amin pulang ke kampung untuk menjenguk keluarganya. Amin masih mempunyai kedua ibubapa dan dua orang adik perempuan. Ibu Amin pula mempunyai sikap yang suka menunjuk-nunjuk tentang kepandaian tiga orang anaknya itu. Ayah Amin pula bersikap berdiam diri dan kurang mengambil tahu mengenai pelajaran atau apa-apa yang berkaitan dengan anaknya.

 Suatu hari semasa berada di kampung, Amin merasa ketagih pil khayal. Keadaan dirinya yang menjadi tidak tentu hala dengan badan yang berpeluh tidak henti-henti membuatkan dia menjadi kurang selesa. Amin teringat kembali semasa dia dalam perjalanan pulang, dia sempat singgah di sebuah pondok di kebun bapanya untuk menyorokkan bekalan pil khayalnya.

 Amin pergi ke pondok tersebut dengan memakai penutup muka kerana risau mukanya dilihat oleh orang yang berada di sekitar kebun bapanya itu. Pada waktu yang sama bapa Amin berada di kawasan sekitar pondok tersebut. Oleh kerana menyangka pencuri telah memasuki pondok simpanan barangannya dia bergegas ke tempat tersebut. Bapa Amin menyergah Amin dari belakang, tidak disangka-sangka Amin dengan tidak sengaja mengeluarkan pisau kecil dari poket dan terus menikam bapanya sendiri. Amin terus melarikan diri tanpa menghiraukan bapanya tersebut.

 Seminggu kemudian, orang ramai menemui mayat Amin di sebuah lorong di bandar yang berdekatan dengan kampungnya. Amin dipercayai dibunuh oleh sekumpulan geng Along kerana gagal membayar hutang. Amin menggunakan duit yang dipinjam daripada Along untuk membeli pil-pil khayal.

0 comments: