March 19, 2013

Sinopsis - Kantoi

Posted by En.Mat Ju


  Mengisahkan tentang dua orang sahabat iaitu Meon dan Jenal. Dua sahabat baik ini telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah apartment.

  Suatu hari semasa mereka sedang menjalankan tugas, Meon telah melihat seseorang yang mencurigakan di tempat parkir kereta. Seorang lelaki yang sedang memasukkan bungkusan hitam ke dalam bonet kereta. Kejadian misteri itu menjadi tanda tanya kepada mereka berdua. Ketika kejadian Jenal sempat mencatat no plat kereta tersebut. Mereka mengambil keputusan untuk tidak melaporkan kepada pihak polis. Meon dan Jenal ingin menyiasat sendiri tentang kejadian tersebut.

  Lelaki misteri tersebut menetap di sebuah apartment. Rumahnya telah berjaya dikesan oleh Meon dan Jenal. Lelaki tersebut merupakan seorang “playboy” dan sentiasa membawa pulang perempuan yang berlainan ke rumahnya. Meon dan Jenal cuba mendekati lelaki tersebut tetapi ianya agak susah kerana lelaki terbabit sentiasa diawasi oleh orang upahannya.

  Setelah diselidik oleh Meon dan Jenal, mereka dapat mengenal pasti bahawa lelaki misteri tersebut melakukan kegiatan culik dan bunuh kanak-kanak. Lelaki ini melakukan sindiket menjual organ kanak-kanak ke negara Thailand. Meon dan Jenal telah mencari jalan untuk menyelamatkan beberapa orang lagi kanak-kanak yang diculik. Meon dan Jenal telah membuat beberapa perangkap untuk menangkap lelaki tersebut termasuk konco-konconya.

0 comments: