Sinopsis - Syurga Dunia
Posted by En.Mat Ju
Cerita ini berkisarkan tentang seorang pemuda yang bekerja
sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat swasta. Pemuda yang dimaksudkan bernama
Amin telah bekerja di syarikat terbabit sudah menjangkau 5 tahun. Amin juga
merupakan seorang graduan di salah sebuah universiti tempatan. Dalam waktu yang
sama Amin juga merupakan penagih pil khayal. Amin mengambil pil tersebut
sebagai penenang setelah menghadapi masalah atau tekanan di tempat kerja.
Sekali-sekala Amin pulang ke kampung untuk menjenguk
keluarganya. Amin masih mempunyai kedua ibubapa dan dua orang adik perempuan.
Ibu Amin pula mempunyai sikap yang suka menunjuk-nunjuk tentang kepandaian tiga
orang anaknya itu. Ayah Amin pula bersikap berdiam diri dan kurang mengambil tahu
mengenai pelajaran atau apa-apa yang berkaitan dengan anaknya.
Suatu hari semasa berada di kampung, Amin merasa ketagih pil
khayal. Keadaan dirinya yang menjadi tidak tentu hala dengan badan yang
berpeluh tidak henti-henti membuatkan dia menjadi kurang selesa. Amin teringat
kembali semasa dia dalam perjalanan pulang, dia sempat singgah di sebuah pondok
di kebun bapanya untuk menyorokkan bekalan pil khayalnya.
Amin pergi ke pondok tersebut dengan memakai penutup muka kerana
risau mukanya dilihat oleh orang yang berada di sekitar kebun bapanya itu. Pada
waktu yang sama bapa Amin berada di kawasan sekitar pondok tersebut. Oleh
kerana menyangka pencuri telah memasuki pondok simpanan barangannya dia
bergegas ke tempat tersebut. Bapa Amin menyergah Amin dari belakang, tidak
disangka-sangka Amin dengan tidak sengaja mengeluarkan pisau kecil dari poket
dan terus menikam bapanya sendiri. Amin terus melarikan diri tanpa menghiraukan
bapanya tersebut.
Seminggu kemudian, orang ramai menemui mayat Amin di sebuah
lorong di bandar yang berdekatan dengan kampungnya. Amin dipercayai dibunuh
oleh sekumpulan geng Along kerana gagal membayar hutang. Amin menggunakan duit
yang dipinjam daripada Along untuk membeli pil-pil khayal.
0 comments: