February 14, 2013

Satay Ikan Dari Terengganu

Posted by En.Mat Ju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada "Abe Ha & Kak Na" ( jiran di kampung ) yang telah memberikan sedikit buah tangan dari Terengganu. "Satay Ikan", teringat kembali zaman sekolah rendah ada je pak cik yang jual dengan motosikal pasti menunggu di luar pintu pagar sekolah. Sambil menunggu pak cik membakar satay ikan pasti ada soalan cepu mas ini "adik nak kuah (sos) manis ke pedas ? "...."yang pedas lah pak cik, nt cepat besar (dewasa)".....hahaha.



Ini satay ikan yang diberikan oleh "Abe Ha & Kak Na" masih belum dibakar. Banyak mana yang mahu dicucuk terpulang pada anda. Setelah siap dicucuk pada lidi, anda boleh terus bakar lebih kurang 2 minit sahaja dan tak perlu pakai minyak kerana waktu kita bakar ia akan mengeluarkan minyaknya yang tersendiri. Senang cakap, satay ikan tersebut memang dah berminyak.


 Hasilnya :




Selamat mencuba...

0 comments: