Keychain & Cenderamata Koleksi Peribadi
Posted by En.Mat Ju
Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
Kali ni saya ingin kongsikan sebahagian "keychain" dan cenderamata koleksi peribadi saya. Bila kita pergi melancong sudah semestinya kita akan beli buah tangan paling tidak "Keychain" dan T-Shirt sebagai kenang-kenangan. Setiap tempat yang kita lawati pasti ada kenangan yang tersendiri.

Antara koleksi peribadi saya :
Cenderamata ini saya terima semasa majlis perkahwinan Puteri Sultan Brunei, Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah dengan Pengiran Khairul Khalil Pengiran Syed Haji Jaafar. Waktu itu saya membuat latihan industri di syarikat Regalblue Production.
Hadiah daripada rakan-rakan yang pergi melancong ke Sarawak, Sabah, Arsenal dan Belanda.
Sekali tengok macam bola tapi sebenarnya pemetik api. Hadiah daripada syarikat rokok Winston.
Lokasi seterusnya Langkawi, Thailand dan Perancis.
Bandung dan yang sebelah tu saya lupa lak dari mana....maafkan saya !
Chopsticks dari Jepun dan satu lagi tu dari Pulau Pinang.
Brunei.
Melaka dan Terengganu.
Terengganu.
Langkawi dan Universiti Utara Malaysia (UUM Sintok)
Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan, banyak lagi dalam almari malas nak bawak keluar. Cenderamata dari tempat kenduri kawin pon saya ada simpan jugak. Mungkin lain kali saya kongsikan untuk anda semua, sekian..
0 comments: