November 17, 2014

Popia Mini Inti Serunding Daging

Posted by En.Mat Ju


Popia yg dah siap digulung.

Bahan-bahan :

1.Kulit popia (segera)

2.Serunding daging yg dikisar halus - dijadikan sbg inti

3.Sedikit tepung gandum + sedikit air - kacau sehingga likat dan dijadikan sbg gam utk melekat gulungan popia




selamat mencuba !






0 comments:

November 9, 2014

Bubur Asyura

Posted by En.Mat Ju


Hari ni dapat bubur asyura daripada KRT Bukit Bangsar yang diedar ke setiap rumah. Terima kasih kepada pihak yang berkenaan..

Teringat zaman kanak-kanak dulu, kat kampung buat gotong-royong untuk memasak bubur asyura. Bagi yang "tukang kacau" kawah memang kena ramai sb nk masak bubur ni amik masa yang agak lama. Jadi kacau berganti-ganti.

Sambil menunggu bubur masak, masing-masing cari tempurung kelapa dan bersihkan. Bila bubur asyura dah masak, kami semua mula beratur dan tadah "tempurung". Makan bubur asyura dalam tempurung kelapa memang satu kenangan atau "legend" bagi kami. Sekarang tak pasti masih diamalkan atau tidak.

0 comments:

November 6, 2014

Buat Duit Dengan Iklan Nuffnang Di Blog Anda

Posted by En.Mat Ju

Lebih kurang dua tahun lepas, saya hanya menulis blog untuk "suka-suka" saja. Kebetulan ada rakan sekerja yang juga suka menulis blog dan beliau "memperkenalkan" saya dengan Nuffnang.



Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Nuffnang dan cara-cara buat duit di blog anda, sila klik.

Alhamdulillah, hari ni saya sudah boleh "redeem" cek walaupun nilainya tak banyak.


Terima kasih kepada rakan-rakan "blogger" yang banyak berkongsi informasi.





0 comments:

October 22, 2014

“Moment” Penting Dalam Pembikinan Video Perkahwinan

Posted by En.Mat Ju

Gambar Hiasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rasanya ramai di antara kita yang meminati seni videografi dan fotografi. Ianya suatu bidang yang sangat luas dan bergantung kepada minat setiap individu. Kali ini, saya mahu kongsikan tentang apa yang perlu atau “moment” penting dalam menyediakan “video perkahwinan”.

“Moment” dalam majlis perkahwinan bagi masyarakat Melayu khususnya:

Majlis Akad Nikah

1.  Perlu “establish” dahulu tempat di mana majlis sedang berlangsung samada di kediaman peribadi, masjid atau dewan tertentu.
2. Kehadiran tetamu VVIP, kaum keluarga dan sahabat handai.
3. Persiapan pengantin termasuklah pakaian pengantin.
4. Barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak.
5. Yang paling penting, pastinya acara akad nikah, bacaan doa, sarung cincin, dan sebagainya.
6. “Group Foto” bersama ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Majlis Persandingan

1. Seperti  juga majlis akad nikah, “establish” tempat berlangsungnya majlis persandingan.
2. Kehadiran tetamu majlis.
3. Menu atau hidangan makanan sepanjang majlis termasuk hidangan pengantin serta barang-barang hantaran.
4. Ketibaan pengantin.
5. Persembahan silat atau kompang (acara kebiasaan, jika ada kelainan jangan lepaskan peluang untuk merakam “moment” tersebut).
6. Pengantin berada di tempat persandingan.
7. Bacaan doa dan ucapan daripada wakil keluarga pengantin (jika ada).
8. Sesi menepung tawar kedua-dua pengantin.
9. “Group Foto” kedua-dua belah keluarga pengantin.
10. Makan beradab.
11. Sesi memotong kek.
12. Klip ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan ahli keluarga pengantin.

Jika ada banyak masa, anda rakam saja apa-apa “moment” santai sepanjang acara berlangsung untuk dijadikan sebagai “insert” atau bahan video tambahan. Ini merupakan perkara kebiasaan yang dilakukan dalam penghasilan video perkahwinan. Walaupun ianya kadang-kala tidak mengikut “kronologi” yang sepatutnya. Tidak menjadi masalah kerana kita dapat menyusun kehendak kita dalam proses “editing” atau penyuntingan nanti.


Sekian saja perkongsian pengalaman daripada saya untuk kali ini.

0 comments:

October 8, 2014

Puding Trifle

Posted by En.Mat Ju

Kali pertama mencuba resepi puding trifle, alhamdulillah menjadi.



Jika anda ingin mencuba, boleh dapatkan resepi penuh di My Resepi

Bahan-bahan :

- Swiss roll
- 1 tin fruit cocktail
- 1 kotak kristal jelly - cap Nona
- 1 tin susu cair
- 1 tin air
- 7 sudu gula pasir
- 4 sudu besar tepung kastard - sukatan membukit

Cara-cara :

1. Lapisan 1 = Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan. Tuangkan air fruit cocktail ke atas swiss roll hingga lembap, ketepikan dulu.

2. Lapisan 2 = 1 tin susu + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air = tepikan dulu). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastard tadi, kacau hingga menjadi likat. Tuang di atas lapisan 1 tadi.

3. Lapisan 3 = Buah-buahan cocktail tadi ditabur atas lapisan 2(kastard). Ketepikan sekejap.

4. Lapisan 4 = Masak air panas (ikut sukatan pada kotak jelly),hingga mendidih. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuangkan ke atas lapisan 3 (buah-buahan).

siap...

Terima kasih kpd pemilik resepi asal yg sudi berkongsi..

0 comments:

September 27, 2014

Jeruk Campur ~ D Jeruk KITA

Posted by En.Mat Ju

Beberapa hari lepas sy dan kawan berkesempatan berkunjung ke Pulau Pinang. Lepas pekena nasi kandar kami beli jeruk kt D'Jeruk KITA. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari facebook D'Jeruk KITA.






0 comments:

September 3, 2014

Buah Dokong

Posted by En.Mat Ju


Syukur alhamdulillah, tahun ni kebun buah dokong arwah ayah berbuah dengan lebat sekali. Dapat la anak-anak merasa hasil usaha arwah selama ni....

0 comments:

Foto Sekitar Bandar Kuala Terengganu

Posted by En.Mat Ju










0 comments:

August 24, 2014

Watermelon Smoothie

Posted by En.Mat Ju

Kali ni saya cuba resepi ringkas untuk menyediakan "watermelon smoothie" , resepi ni diubah sedikit dgn cara saya yg tersendiri. Resepi asal drp myresipi



Bahan-bahan :

500g tembikai

1 cawan susu segar

3 sudu besar air gula

Cara-cara :

1. potong dadu tembikai lebih kurang saiz ais kiub. terpulang samada mahu buang atau tidak bijinya. sejuk beku atau frozen tembikai lebih kurang 4 jam.

2. masukkan tembikai yang telah disejuk beku, air gula dan susu segar ke dalam mixer / blander. kisar sehingga menjadi bentuk "smoothie".

3. tuangkan ke dalam gelas dan sedia untuk diminum


selamat mencuba...



0 comments:

August 12, 2014

Foto Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2014

Posted by En.Mat Ju

Sekadar Foto..










































0 comments: