January 18, 2013

Sarapan "Bajet" di Jalan Yap Kwan Seng !

Posted by En.Mat Ju

Hari ni saya bersarapan di sebuah warung yang berhadapan AmBank berdekatan Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Warung nie tersorok sedikit, tapi kalau sapa-sapa yang bekerja sekitar sini tahu lah lokasinya. Nama warungnya ialah "Warung Fauziah" atau kita panggil Kak Gee.

Sarapan "bajet"..? . Bajet mungkin bole dimaksudkan sebagai "murah". Pagi ni sarapan saya sangat "simple", nasi goreng + separuh telur rebus + sambal bilis + 2 biji telur rebus separuh masak & teh tarik.

nasi goreng + sambal bilis + separuh telur rebus = RM 1.50

2 biji telur rebus separuh masak + teh tarik = RM 2.60

Bagi saya harganya sangat murah kalau nak dibandingkan dengan kedai lain di sekitar Jalan Yap Kwan Seng nie. Waktu tengahari sangat ramai orang dan masing-masing berebut untuk mendapatkan pilihan lauk yang disediakan. Warung nie dibuka pada pukul 7 pagi - 2 petang sahaja.

Jika anda ada kelapangan boleh lah singgah untuk merasa masakan di sini. Bukan sekadar "murah" tapi makanannya juga "sedap".

sarapan pagi nie..

Nasi Goreng + Sambal Bilis + Separuh Telur Rebus



Teh Tarik



Telur Separuh Masak


2 comments:

  1. nasi goreng..telur rebus halfcook..teh tarik..cholesterol kowt..;p

    ReplyDelete