Kisah Seorang Wanita Tidur Di Bahu Saya !
Posted by En.Mat Ju
Pada pagi Jumaat lepas, saya ke tempat kerja agak lewat sedikit. Lebih kurang pukul 8.30 pagi naik Lrt di Bangsar. Pagi hari kerja biasa la, Lrt sesak sikit. Bila "train" sampai je, saya terus masuk dan kebetulan ada kerusi kosong. Oleh kerana rasa macam penat sikit ari tu saya terus duduk je. Selalunya saya tak duduk dan berdiri je. Kerusi tu keutamaan kepada wanita mengandung, orang-orang tua dan kanak-kanak.
Bila saya duduk, ada seorang wanita di sebelah saya. Wanita tersebut sangat "asyik" tido dalam "train" dari stesen Bangsar sampai saya turun kat stesen KLCC dia masih boleh tido. Wanita tu lebih kurang dalam 20an umurnya. Rambutnya panjang lepas paras bahu sedikit. Rambutnya sengaja dibiarkan menutup seluruh muka atau wajahnya bagi mengelakkan daripada dipandang orang ramai.
Dari Bangsar sampai ke KLCC saya dapat rasakan 3 kali dia menghantukkan kepalanya di bahu saya tanpa dia sedar. Saya agak wanita tersebut dah kawin, jadi terfikir macam nie...."semalam malam
Jumaat, mungkin wanita tersebut menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang
isteri"....hahahaha..... itu yang bermain di kepala saya bila tengok pada tahap mengantuk
wanita tersebut.
Kalau nak cakap pasal tido dalam "train" lelaki pon ade jugak sebenarnya. Apa yang nak saya kongsi di sini, kalau nak tido tu berpada-pada lah. Jangan disebabkan kita tido, orang di sekeliling menjadi tidak selesa. Saya tidak marah wanita tersebut menghantukkan kepalanya dibahu saya, cuma saya risaukan kalau-kalau ada "sisa-sisa air liur" yang terlekat di baju saya. Sangat tak berbaloi untuk balik rumah tukar baju dan kembali ke tempat kerja.
0 comments: