January 16, 2013

Listen...Listen....Jeans Berharga RM1300....Percaya atau Tidak ?

Posted by En.Mat Ju

Malam Isnin yang lepas, saya dan kawan ronda-ronda sekitar Kuala Lumpur. Sempat pegi makan di Kampung Baru. Nasi kerabu di Kedai Kak Som sangat sedap, Kedai Kak Som juga sangat popular di Kampung Baru. Itu hanya selingan je. Lepas makan, saya dan rakan ke Lorong Haji Taib atau sekitar Chow Kit. Jangan salah sangka pulak, memang kat situ popular dengan aktiviti "persundalan", tapi kami pergi ke kedai "bundle" atau kedai barangan terpakai. Di situ memang banyak kedai "bundle" dan antara barangannya ialah baju, seluar, jaket, kasut dan lain-lain lagi.

Dalam dok pilih-pilih seluar, tiba-tiba mata saya terpaku melihat seluar jeans yang berharga RM1300. Jenama yang tertulis di jeans tersebut ialah Evis. Sedikit perbualan saya dengan jurujual "bundle" yang berasal dari Bangladesh.

Saya : bos, betul ke nie harga RM 1300.....?

Bangla : betul tu...

Saya : berapa bole kurang nie...?

Bangla : bole kurang dalam RM 100 atau RM 200..

Saya : ok2, saya tengok-tengok dulu lah...

Orang Bangla pon pandai "ber'bisnes" kat Malaysia nie. Mereka dah menguasai kedai "bundle" di sekitar Lorong Haji Taib.

Ini lah seluar yang dikatakan berharga RM 1300 tu, gambar kurang kualiti...harap maaf !.




Yang ini pula, seluar jeans "kepala kain" dari Thailand. Harganya dalam RM 50 je.


Saya tak ada pengalaman dalam pemilihan jeans nie, janji murah saya "angkut" je. Mungkin anda lebih mementingkan barang "ori". Kalau "ori" mahal lah harganya. Sekian daripada saya untuk kali ni.


           

0 comments: