Sinopsis - Penghulu Ekspres
Posted by En.Mat Ju
Kisah
ini berlaku di sebuah perkampungan jauh di pendalaman. Kampung pula diberi nama
“Ceruk Rantau”. Penduduk kampong gempar seketika apabila diberitakan bahawa
penghulu kampong yang disanjungi telah meninggal dunia.
Konflik
berlaku apabila penduduk kampong masing-masing menjadi gusar kerana tiada
seorang pun dikalangan mereka mampu atau layak memikul tanggungjawab sebagai
penghulu.
Walau
apa pun, pihak yang berkenaan telah mengarahkan penduduk kampong untuk membuat
undian sebulat suara siapa yang patut diangkat menjadi penghulu.
Penduduk
kampong yang berkeinginan untuk menjadi penghulu masing-masing cuba melobi
untuk mendapatkan sokongan daripada saudara-mara masing-masing walaupun pada
hakikatnya memang mereka tidak layak jadi penghulu.
Ropi
seorang pemuda yang masih bujang,suka berangan untuk menjadi pegawai tetapi
pendidikannya hanya setakat darjah 6 sahaja tetap mengambil bahagian untuk
menjadi penghulu.
Ropi
meminta bantuan maknya untuk melobi orang kampong. Mak Ropi sangat berpengaruh
di kampong kerana maknya ketua ahli jawatan kuasa kenduri kampong. Tambahan
pula di kampong sebilangan besar atau majoriti penduduknya adalah golongan
perempuan. Anak muda yang lelaki ramai keluar merantau ke bandar. Ini memberi
kelebihan kepada Ropi.
Ropi
telah menang dalam pengundian dan telah dilantik sebagai penghulu kampong “Ceruk
Rantau”. Pada dasarnya Ropi memang penghulu tetapi segala keputusan atau
permasalahan orang kampong maknya yang akan selesaikan. Maknya berperanan besar
dan merupakan sebagai penasihat kepada Ropi. Maknya tidak menganggap itu
sebagai beban sebabnya duit elaun penghulu kampong sebanyak RM 500 sebulan,
Ropi akan berikan semua kepadanya. Ropi bekerja sebagai penoreh getah, duit
hasil toreh getah sudah cukup baginya. Duit elaun penghulu dapat membantu
emaknya untuk perbelanjaan harian.
Setahun
kemudian, emak Ropi telah meninggal dunia. Ropi mengambil keputusan untuk
meletak jawatan kerana “orang kuat” iaitu maknya sudah tiada untuk
menyelesaikan segala permasalahan orang kampong. Ropi kembali kepada asal dan
tumpu kepada kerjanya sebagai penoreh getah. Berlaku sekali lagi kegusaran
orang kampong untuk mencari pengganti penghulu.
p/s:
“Jawatan dan kesenangan hanyalah untuk seketika”.
0 comments: