Hari Minggu di Port Dickson
Posted by En.Mat Ju
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Pada 13 & 14 april 2013, saya telah mengikuti rombongan atau lebih senang "family day" Sekolah Rendah Agama Al-Muhsinin. Makcik saya salah seorang tenaga pengajar di sekolah tersebut, jadi saya amik peluang untuk pergi bercuti bersama mereka. Kami di Port Dickson selama 2 hari 1 malam. Di sini saya ingin kongsikan aktiviti-aktiviti selama kita di sana.
13 April 2013 - Sabtu
- Pukul 7.30 pagi kita semua berkumpul di perkarangan Sekolah Rendah Agama Al-Muhsinin.
- Pukul 8 pagi bertolak ke Port Dickson
- Pukul 10 pagi kami sampai di sana.
Terus bentang tikar dan menjamu selera di tepian pantai.
Anak-anak kecil ambil peluang main air sambil diawasi bapa masing-masing.
Aktiviti bebas di pantai.
- Pukul 12 tengahari kami semua "check in" di Cozzi Hotel. Hotel ini antara hotel yang paling dekat dengan pantai. Segala informasi berkenaan hotel ini anda boleh layari di sini http://www.cozzihotels.com/ .
- Pada sebelah petang pula, lebih kepada aktiviti santai. Ada yang mandi di kolam renang di hotel, mandi laut dan ada yang menikmati makanan di kawasan sekitar.
Di lobi hotel, sebelum makan malam.
- Pukul 8 malam, kami semua konvoi ke Restoren Kemang Indah. Lokasinya lebih kurang 1km dari hotel.
Menu makan malam kami, nasi putih + ikan siakap 3 rasa + tomyam + kailan ikan masin + sotong celup tepung + telur dadar + sirap laici. Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yang "sponsor" makan malam tersebut.
14 April 2013 - Ahad
- Pukul 7 - 9 pagi, sarapan di perkarangan hotel dan seterusnya aktiviti bebas.
Sebelum "check out" saya ambil peluang untuk melihat kawasan sekitar pada waktu pagi. Suasana sangat tenang sebab belum ramai lagi pengunjung pada waktu pagi.
- Pukul 12 tengahari kami semua "check out".
Barisan tenaga pengajar Sekolah Rendah Agama Al-Muhsinin.
Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan, InsyaAllah kita jumpa lagi di lain masa. Terima kasih kepada pihak penganjur.
0 comments: