October 2, 2012

Bukit Tinggi, Pahang (Part 4)

Posted by En.Mat Ju

Mini Fun Fair.

Di bahagian hujung hotel bersebelahan menara, terdapat beberapa permainan atau "mini fun fair" disediakan kepada para pengunjung. Tidak ketinggalan kami juga sempat bermain kesemua permainan tersebut.

Ini antara geng-geng penembak tepat. Untuk dapatkan hadiah, anda perlu tembak belon sampai pecah sekurang-kurangnya 5 belon. 

Memberikan tumpuan pada permainan.

Mencuba nasib, balingan mengikut keselesaan.

"Ring" yang dicampak sudah mengenai sasaran setelah beberapa kali gagal. Rasanya dekat 3 baldi "ring" yang telah dicampak.

Dapat "Teddy Bear" besar. Hadiah balingan tepat.

THE END





0 comments:

October 1, 2012

Bukit Tinggi, Pahang (Part 3)

Posted by En.Mat Ju

Japanese Tea House 

Aktiviti pertama kami ialah pergi melawat "Japanese Tea House". Pelancong yang datang selain penduduk tempatan ialah pelancong dari Timur Tengah, Jepun, China, Eropah dan lain-lain.

Mendaki anak tangga untuk melawat "Japanese Tea House".

Pelancong dari Jepun



Pastikan anda membawa air secukupnya, mendaki bukit membuatkan anda rasa dahaga. Udara sangat segar dan sejuk.

Bersama keluarga masing-masing.

Group foto.

Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya kami sampai di sebuah kawasan yang terletaknya contoh rumah jepun. Struktur rumah jepun tidak terlalu besar. Ianya hanya untuk tangkap gambar sebagai kenang-kenangan.

Sekitar "Japanese Tea House".

Part 4 : Sila Klik





0 comments:

Bukit Tinggi, Pahang (Part 2)

Posted by En.Mat Ju

Colmar Tropicale Hotel.

Kelengkapan di dalam bilik hotel sangat memuaskan kami.




Sangat selesa, malah kami juga mendapat "view" di balkoni yang sangat menarik.


Kolam renang juga disediakan dibahagian bawah. Menara adalah tempat wajib dilawati, mungkin ada antara anda tidak perasan menara tersebut ada lift dan tidak perlu naik tangga.

Walaupun tidak mandi di kolam renang, sempat lepak sekejap. Oleh kerana jadual lawatan kami tidak padat, masa terluang diisi dengan melawat sekitar hotel dan taman-taman sekeliling. Terdapat juga replika kereta kuda. Anda tidak dibenarkan naik diatas kereta kuda tersebut, hanya untuk bergambar sahaja. Berjalan sambil bermain-main buih dengan angin sejuk sepoi-sepoi bahasa.

Sempat bergambar di pintu masuk.

Bas juga disediakan untuk melawat taman-taman yang telah ditetapkan pihak hotel.

Terdapat angsa di bawah jambatan. Angsa ini juga menjadi tumpuan pengunjung. Reka bentuk mercu pada pintu masuk juga sangat unik. 


Part 3 : Sila klik









0 comments:

Bukit Tinggi, Pahang (Part 1)

Posted by En.Mat Ju

Pada 29/9/2012 & 30/9/2012 yang lepas, saya dan rakan-rakan telah membuat satu rombongan ke Bukit Tinggi, Pahang. Kami semua berkumpul di RnR Genting Sempah pada pukul 10 pagi. Suasana di Genting Sempah semakin sibuk dan ramai yang singgah untuk bersarapan.


Sedang membuat ulasan perlawanan bola EPL..

Tekun mendengar pakar-pakar membuat ulasan..kelihatan juga bekal atau stok makanan yang kami bawa ke Bukit Tinggi.

Tujuan tangkap gambar, semata-mata untuk fokus orang belakang..

Setelah semua ahli cukup, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. Jalannya agak berliku-liku ...jadi pandulah secara selamat.


Map ini boleh membantu anda untuk sampai ke Bukit Tinggi.

Setelah mendaki bukit akhirnya kami sampai di "Tiket Booth". Tiket masuk untuk dewasa RM 12 & kanak-kanak RM 8. Jika anda menginap di "Colmar Tropicale Hotel", tiket masuk boleh "refund" semasa anda "check out".


Amik tiket di sini..!

Setelah selesai urusan tiket, tanpa berlengah kami terus mendaki lagi ke tempat penginapan iaitu "Colmar Tropicale Hotel".

Check In Hotel...pekerja di kaunter juga sangat mesra.

Pekerja kaunter yang ini rasanya berasal dari Filipina, dia hanya boleh berbahasa Inggeris sahaja.

Kupon untuk sarapan.

Kami mendapat 2 jenis kupon semasa "check in".

Part 2 : Sila klik















0 comments: