October 1, 2012

Bukit Tinggi, Pahang (Part 1)

Posted by En.Mat Ju

Pada 29/9/2012 & 30/9/2012 yang lepas, saya dan rakan-rakan telah membuat satu rombongan ke Bukit Tinggi, Pahang. Kami semua berkumpul di RnR Genting Sempah pada pukul 10 pagi. Suasana di Genting Sempah semakin sibuk dan ramai yang singgah untuk bersarapan.


Sedang membuat ulasan perlawanan bola EPL..

Tekun mendengar pakar-pakar membuat ulasan..kelihatan juga bekal atau stok makanan yang kami bawa ke Bukit Tinggi.

Tujuan tangkap gambar, semata-mata untuk fokus orang belakang..

Setelah semua ahli cukup, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Tinggi. Jalannya agak berliku-liku ...jadi pandulah secara selamat.


Map ini boleh membantu anda untuk sampai ke Bukit Tinggi.

Setelah mendaki bukit akhirnya kami sampai di "Tiket Booth". Tiket masuk untuk dewasa RM 12 & kanak-kanak RM 8. Jika anda menginap di "Colmar Tropicale Hotel", tiket masuk boleh "refund" semasa anda "check out".


Amik tiket di sini..!

Setelah selesai urusan tiket, tanpa berlengah kami terus mendaki lagi ke tempat penginapan iaitu "Colmar Tropicale Hotel".

Check In Hotel...pekerja di kaunter juga sangat mesra.

Pekerja kaunter yang ini rasanya berasal dari Filipina, dia hanya boleh berbahasa Inggeris sahaja.

Kupon untuk sarapan.

Kami mendapat 2 jenis kupon semasa "check in".

Part 2 : Sila klik















0 comments: