September 4, 2013

Kad Meriah Mydin

Posted by En.Mat Ju

Hari minggu yang lepas, saya pegi Mydin cari barang keperluan. Kat pintu masuk ade pulak staff Mydin buat promosi kad meriah mydin. Saya terus daftar sebab bayar RM 2 sahaja. Mungkin lepas ni saya lebih kerap ke Mydin dan dapat point untuk ditebus kemudian nanti. Untuk maklumat lanjut sila layari web mydin : http://www.mydin.com.my/mydin/index.html dan facebook : https://www.facebook.com/MydinMalaysia?fref=ts


Rancang perbelanjaan dan kunjungilah Mydin.

0 comments:

Jamuan Raya Lagi

Posted by En.Mat Ju

Selagi tak habis raya, ini lah aktiviti di opis...hari-hari ada makan-makan. Masing-masing bawak sorang sikit jadi banyak jugaklah akhirnya.



Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

0 comments:

August 23, 2013

Nasi Goreng + Serunding Daging + Kopi + Kek + Gula-Gula

Posted by En.Mat Ju


Gambar di atas ialah sarapan sy untuk pagi ini, terima kasih kpd pihak penaja...sangat "simple" tapi kenyang sampai tengahari, Insyaallah.

0 comments:

August 16, 2013

Tapai Pulut

Posted by En.Mat Ju



Bahan-bahan

- beras pulut
- ragi- ditumbuk halus
- daun getah atau bekas plastik 

Cara-cara

- beras pulut dimasak atau dikukus

- pulut yang telah masak diletakkan dalam dulang dan diratakan

- taburkan atau ayakkan ragi disetiap permukaan pulut yang telah dimasak atau kukus tadi

- kemudian bungkus dengan daun getah atau bekas plastik dan peram selama 2 atau 3 hari

0 comments:

August 2, 2013

Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi

Posted by En.Mat Ju

31/7/2013 yang lepas, saya dan dua lagi rakan sempat meluangkan masa untuk berbuka puasa di Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi . Lokasinya terletak di Lot 2991 , Persiaran Kemajuan (Bersebelahan Balai Bomba BB Bangi), Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Malaysia. Kedai ni selalunya penuh dan anda perlu tempah dulu untuk dapat tempat. Talian telefon : 0192177668 / 012-9355869 .

Antara menu yang kami pilih :

1. Ikan Pari Bakar Petai
2. Sotong Celup Tepung
3. Lala Masak Pedas
4. Ikan Kerapu Masak Stim Limau
5. Telur Dadar
6. Kailan Ikan Masin
7. Tom Yam Campur
8. Kerabu Mangga
9. Nasi
10. Air Tembikai Laici - gelas gergasi / besar.


Foto untuk tatapan bersama :



Ruangan tempat duduk














Selamat mencuba !

0 comments:

July 30, 2013

Dari Pekeliling Ke Bentong, Pahang

Posted by En.Mat Ju

Minggu lepas saya ke Bentong, Pahang untuk berjumpa kawan lama. Pertama kali naik bas dari Pekeliling , Kuala Lumpur ke Bentong. Bas ke Bentong ada setiap sejam, jadi anda tidak perlu risau untuk ke sana. Pada hari berkenaan saya naik bas Mara Liner . Untuk maklumat lanjut berkenaan tiket dan jadual perjalanan - Sila klik - Tiket bas

Tiket Bas

Sampai je di Bentong, dah hampir waktu berbuka puasa. Jadi saya dan kawan terus ke Restoran Tawakal untuk menjamu selera. Berikut sedikit foto makanan yang kami makan pada hari tersebut. 

Kueh Tiaw Goreng

Kueh Tiaw Tom Yam

Kambing Golek

Fresh Oren Laici

Sirap Laici






0 comments:

Kerabu Pucuk Paku / Paku Pakis

Posted by En.Mat Ju

Kerabu pucuk paku / paku pakis resepi daripada makcik saya, mungkin anda boleh mencuba dan sangat senang untuk disediakan.


Resepi Kerabu Pucuk Paku / Paku Pakis

Bahan-Bahan

-pucuk paku / paku pakis
-santan mentah - dicampur sedikit air yang telah dimasak
-isi ikan - direbus
-kelapa goreng
-lada hitam - ditumbuk
-bawang putih - ditumbuk
-halia - ditumbuk
-serai - ditumbuk
-cili padi - dipotong halus
-air perahan limau 
-garam secubit rasa

Cara Membuatnya

-Masukkan semua bahan kecuali santan dan gaul sehingga sebati.
-Kemudian masukkan santan dan gaul sekali lagi.


Selamat mencuba !

0 comments:

July 29, 2013

Murtabak "Popular" di Kuala Krai

Posted by En.Mat Ju

Minggu lepas saya balik kampung di Kuala Krai. Memang dah fikir dalam kepala, bila balik kampung nak beli murtabak yang boleh kata "popular" jugak lah di Kuala Krai. "Murtabak Pak Lah " . Kedainya bersebelahan stesen atau pam minyak Caltex dan Petronas Guchil. Harga untuk satu murtabak RM 2.50 sahaja.




Selamat berbuka puasa !

0 comments:

July 22, 2013

Shooting : Arena Square Perak

Posted by En.Mat Ju

Tiba-tiba teringat zaman dulu-dulu. Zaman aktif dengan produksi. Gambar ni dirakam semasa saya dan rakan-rakan buat rakaman sempena Hari Terbuka KEMAS yang berlangsung di Arena Square Kuala Kangsar Perak.








0 comments:

July 17, 2013

Tuntutan Harta Pusaka - Proses

Posted by En.Mat Ju

Saya sekadar mahu berkongsi pengalaman dalam menguruskan atau melakukan proses tuntutan harta pusaka. Seperti yang kita semua tahu, masyarakat kita masih lagi tidak peka untuk membuat wasiat secara bertulis. Kebanyakkan daripada kita hanya membuat wasiat secara lisan sahaja. Wasiat secara lisan sangat bermasalah bila ada perkara yang berbangkit.



Wasiat bagi saya sangat penting bagi menggelakkan berlakunya pergaduhan sesama sendiri kerana perebutan atau ketidakadilan dalam pembahagian harta pusaka.

Tuntutan harta pusaka setakat yang saya tahu boleh dibuat melalui Pejabat Tanah Dan Jajahan Negeri asal atau melalui Amanah Raya Berhad . Saya memilih untuk membuat tuntutan melalui Pejabat Tanah kerana kosnya agak murah sedikit daripada Amanah Raya Berhad.

Contoh Borang Tuntutan Harta Pusaka di Pejabat Tanah :






1. Setelah selesai isi borang dan lengkap dengan dokumen sampingan, anda boleh menyerahkan borang tersebut di Pejabat Tanah Daerah. 

2. Tunggu surat daripada Pejabat Tanah untuk menghadiri mesyuarat atau perbicaraan pembahagian harta pusaka. Selalunya atau paling cepat dalam masa 6 bulan daripada tarikh anda menghantar borang di atas.

3. Pejabat Tanah akan mengeluarkan "surat perintah" atau dokumen pembahagian harta pusaka. Melalui "surat perintah" tersebut anda boleh membuat tuntutan segala harta si mati seperti hartanah, rumah, kereta, wang simpanan dan sebagainya.

Prosesnya nampak senang tapi sebenarnya anda akan melalui tempoh masa yang sangat lama untuk menyelesaikan proses tersebut. Jadi kena banyak bersabar dan selalu bertanya di Pejabat Tanah yang berkenaan.

Sekian..



0 comments:

July 10, 2013

Kursus PPK Komik Digital

Posted by En.Mat Ju

Baru-baru ni, saya berkesempatan menjadi urusetia Kursus PPK Komik Digital. Kursus dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bersama B Artistic Events & Advertising Sdn Bhd . Kursus berlangsung di Pearl International Hotel Kuala Lumpur . Sedikit foto sebagai kenang-kenangan.




Para peserta diberi pendedahan berkaitan atau cara menggunakan perisian (software) adobe photoshop dan flash.




Para peserta cuba mempraktikkan segala ilmu semasa kursus.



Group foto

















0 comments:

July 9, 2013

Canadian Pizza sebelum Ramadhan 2013

Posted by En.Mat Ju

  Hari terakhir sebelum bulan Ramadhan setiap opis akan buat makan-makan. Tak ketinggalan kami pon buat jugak lah. Selalunya kami masing-masing bawak makanan sendiri tapi kali ni tak sempat sebab masing-masing sibuk. Jadi kita "order" canadian pizza je. Beberapa foto sebagai kenang-kenangan. Selamat berpuasa semua !..














0 comments: