Tuntutan Harta Pusaka - Proses
Posted by En.Mat Ju
Saya sekadar mahu berkongsi pengalaman dalam menguruskan atau melakukan proses tuntutan harta pusaka. Seperti yang kita semua tahu, masyarakat kita masih lagi tidak peka untuk membuat wasiat secara bertulis. Kebanyakkan daripada kita hanya membuat wasiat secara lisan sahaja. Wasiat secara lisan sangat bermasalah bila ada perkara yang berbangkit.
Wasiat bagi saya sangat penting bagi menggelakkan berlakunya pergaduhan sesama sendiri kerana perebutan atau ketidakadilan dalam pembahagian harta pusaka.
Tuntutan harta pusaka setakat yang saya tahu boleh dibuat melalui Pejabat Tanah Dan Jajahan Negeri asal atau melalui Amanah Raya Berhad . Saya memilih untuk membuat tuntutan melalui Pejabat Tanah kerana kosnya agak murah sedikit daripada Amanah Raya Berhad.
Contoh Borang Tuntutan Harta Pusaka di Pejabat Tanah :
1. Setelah selesai isi borang dan lengkap dengan dokumen sampingan, anda boleh menyerahkan borang tersebut di Pejabat Tanah Daerah.
2. Tunggu surat daripada Pejabat Tanah untuk menghadiri mesyuarat atau perbicaraan pembahagian harta pusaka. Selalunya atau paling cepat dalam masa 6 bulan daripada tarikh anda menghantar borang di atas.
3. Pejabat Tanah akan mengeluarkan "surat perintah" atau dokumen pembahagian harta pusaka. Melalui "surat perintah" tersebut anda boleh membuat tuntutan segala harta si mati seperti hartanah, rumah, kereta, wang simpanan dan sebagainya.
Prosesnya nampak senang tapi sebenarnya anda akan melalui tempoh masa yang sangat lama untuk menyelesaikan proses tersebut. Jadi kena banyak bersabar dan selalu bertanya di Pejabat Tanah yang berkenaan.
Sekian..
0 comments: