Gambar Hiasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rasanya ramai di antara
kita yang meminati seni videografi dan fotografi. Ianya suatu bidang yang
sangat luas dan bergantung kepada minat setiap individu. Kali ini, saya mahu
kongsikan tentang apa yang perlu atau “moment” penting dalam menyediakan “video
perkahwinan”.
“Moment” dalam majlis perkahwinan bagi masyarakat Melayu
khususnya:
1. Perlu “establish”
dahulu tempat di mana majlis sedang berlangsung samada di kediaman peribadi,
masjid atau dewan tertentu.
2. Kehadiran tetamu VVIP, kaum keluarga dan sahabat handai.
3. Persiapan pengantin termasuklah pakaian pengantin.
4. Barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak.
5. Yang paling penting, pastinya acara akad nikah, bacaan doa,
sarung cincin, dan sebagainya.
6. “Group Foto” bersama ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
1. Seperti juga
majlis akad nikah, “establish” tempat berlangsungnya majlis persandingan.
2. Kehadiran tetamu majlis.
3. Menu atau hidangan makanan sepanjang majlis termasuk
hidangan pengantin serta barang-barang hantaran.
5. Persembahan silat atau kompang (acara kebiasaan, jika ada
kelainan jangan lepaskan peluang untuk merakam “moment” tersebut).
6. Pengantin berada di tempat persandingan.
7. Bacaan doa dan ucapan daripada wakil keluarga pengantin
(jika ada).
8. Sesi menepung tawar kedua-dua pengantin.
9. “Group Foto” kedua-dua belah keluarga pengantin.
12. Klip ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan ahli
keluarga pengantin.
Jika ada banyak masa, anda rakam saja apa-apa “moment”
santai sepanjang acara berlangsung untuk dijadikan sebagai “insert” atau bahan
video tambahan. Ini merupakan perkara kebiasaan yang dilakukan dalam
penghasilan video perkahwinan. Walaupun ianya kadang-kala tidak mengikut “kronologi”
yang sepatutnya. Tidak menjadi masalah kerana kita dapat menyusun kehendak kita
dalam proses “editing” atau penyuntingan nanti.
Sekian saja perkongsian pengalaman daripada saya untuk kali
ini.
0 comments: