October 22, 2014

“Moment” Penting Dalam Pembikinan Video Perkahwinan

Posted by En.Mat Ju

Gambar Hiasan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Rasanya ramai di antara kita yang meminati seni videografi dan fotografi. Ianya suatu bidang yang sangat luas dan bergantung kepada minat setiap individu. Kali ini, saya mahu kongsikan tentang apa yang perlu atau “moment” penting dalam menyediakan “video perkahwinan”.

“Moment” dalam majlis perkahwinan bagi masyarakat Melayu khususnya:

Majlis Akad Nikah

1.  Perlu “establish” dahulu tempat di mana majlis sedang berlangsung samada di kediaman peribadi, masjid atau dewan tertentu.
2. Kehadiran tetamu VVIP, kaum keluarga dan sahabat handai.
3. Persiapan pengantin termasuklah pakaian pengantin.
4. Barang-barang hantaran kedua-dua belah pihak.
5. Yang paling penting, pastinya acara akad nikah, bacaan doa, sarung cincin, dan sebagainya.
6. “Group Foto” bersama ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Majlis Persandingan

1. Seperti  juga majlis akad nikah, “establish” tempat berlangsungnya majlis persandingan.
2. Kehadiran tetamu majlis.
3. Menu atau hidangan makanan sepanjang majlis termasuk hidangan pengantin serta barang-barang hantaran.
4. Ketibaan pengantin.
5. Persembahan silat atau kompang (acara kebiasaan, jika ada kelainan jangan lepaskan peluang untuk merakam “moment” tersebut).
6. Pengantin berada di tempat persandingan.
7. Bacaan doa dan ucapan daripada wakil keluarga pengantin (jika ada).
8. Sesi menepung tawar kedua-dua pengantin.
9. “Group Foto” kedua-dua belah keluarga pengantin.
10. Makan beradab.
11. Sesi memotong kek.
12. Klip ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan ahli keluarga pengantin.

Jika ada banyak masa, anda rakam saja apa-apa “moment” santai sepanjang acara berlangsung untuk dijadikan sebagai “insert” atau bahan video tambahan. Ini merupakan perkara kebiasaan yang dilakukan dalam penghasilan video perkahwinan. Walaupun ianya kadang-kala tidak mengikut “kronologi” yang sepatutnya. Tidak menjadi masalah kerana kita dapat menyusun kehendak kita dalam proses “editing” atau penyuntingan nanti.


Sekian saja perkongsian pengalaman daripada saya untuk kali ini.

0 comments:

October 8, 2014

Puding Trifle

Posted by En.Mat Ju

Kali pertama mencuba resepi puding trifle, alhamdulillah menjadi.



Jika anda ingin mencuba, boleh dapatkan resepi penuh di My Resepi

Bahan-bahan :

- Swiss roll
- 1 tin fruit cocktail
- 1 kotak kristal jelly - cap Nona
- 1 tin susu cair
- 1 tin air
- 7 sudu gula pasir
- 4 sudu besar tepung kastard - sukatan membukit

Cara-cara :

1. Lapisan 1 = Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan. Tuangkan air fruit cocktail ke atas swiss roll hingga lembap, ketepikan dulu.

2. Lapisan 2 = 1 tin susu + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastard dengan 1/2 tin air = tepikan dulu). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastard tadi, kacau hingga menjadi likat. Tuang di atas lapisan 1 tadi.

3. Lapisan 3 = Buah-buahan cocktail tadi ditabur atas lapisan 2(kastard). Ketepikan sekejap.

4. Lapisan 4 = Masak air panas (ikut sukatan pada kotak jelly),hingga mendidih. Masukkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuangkan ke atas lapisan 3 (buah-buahan).

siap...

Terima kasih kpd pemilik resepi asal yg sudi berkongsi..

0 comments: