February 14, 2013

Satay Ikan Dari Terengganu

Posted by En.Mat Ju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada "Abe Ha & Kak Na" ( jiran di kampung ) yang telah memberikan sedikit buah tangan dari Terengganu. "Satay Ikan", teringat kembali zaman sekolah rendah ada je pak cik yang jual dengan motosikal pasti menunggu di luar pintu pagar sekolah. Sambil menunggu pak cik membakar satay ikan pasti ada soalan cepu mas ini "adik nak kuah (sos) manis ke pedas ? "...."yang pedas lah pak cik, nt cepat besar (dewasa)".....hahaha.



Ini satay ikan yang diberikan oleh "Abe Ha & Kak Na" masih belum dibakar. Banyak mana yang mahu dicucuk terpulang pada anda. Setelah siap dicucuk pada lidi, anda boleh terus bakar lebih kurang 2 minit sahaja dan tak perlu pakai minyak kerana waktu kita bakar ia akan mengeluarkan minyaknya yang tersendiri. Senang cakap, satay ikan tersebut memang dah berminyak.


 Hasilnya :




Selamat mencuba...

0 comments:

Keychain & Cenderamata Koleksi Peribadi

Posted by En.Mat Ju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Kali ni saya ingin kongsikan sebahagian "keychain" dan cenderamata koleksi peribadi saya. Bila kita pergi melancong sudah semestinya kita akan beli buah tangan paling tidak "Keychain" dan T-Shirt sebagai kenang-kenangan. Setiap tempat yang kita lawati pasti ada kenangan yang tersendiri. 

Antara koleksi peribadi saya :




Cenderamata ini saya terima semasa majlis perkahwinan Puteri Sultan Brunei, Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah dengan Pengiran Khairul Khalil Pengiran Syed Haji Jaafar. Waktu itu saya membuat latihan industri di syarikat Regalblue Production.



Hadiah daripada rakan-rakan yang pergi melancong ke Sarawak, Sabah, Arsenal dan Belanda.



Sekali tengok macam bola tapi sebenarnya pemetik api. Hadiah daripada syarikat rokok Winston.



Lokasi seterusnya Langkawi, Thailand dan Perancis.



Bandung dan yang sebelah tu saya lupa lak dari mana....maafkan saya !



Chopsticks dari Jepun dan satu lagi tu dari Pulau Pinang.



Brunei.



Melaka dan Terengganu.



Terengganu.



Langkawi dan Universiti Utara Malaysia (UUM Sintok)

Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan, banyak lagi dalam almari malas nak bawak keluar. Cenderamata dari tempat kenduri kawin pon saya ada simpan jugak. Mungkin lain kali saya kongsikan untuk anda semua, sekian..

0 comments:

February 13, 2013

Cornflakes Madu

Posted by En.Mat Ju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...


Cuti Tahun Baru Cina yang lepas saya berada di kampung halaman. Bila masuk dapur, kebetulan ada pulak bahan-bahan untuk membuat cornflakes madu. Terus bersemangat nak jadi "Chef". Mungkin ada diantara kita pernah buat menu ini. Sangat senang untuk disediakan.



Resepi Cornflakes Madu

Bahan-bahan
1 kotak cornflakes – 220g
100g butter

4 sudu besar madu
5 sudu besar gula
Paper cups
Manik warna-warni (optional)
Cara-cara


1. Panaskan butter, madu dan gula di dalam periuk sehingga cair dan sebati.

2. Masukkan cornflakes dan kacau hingga sekata. Masukkan cornflakes ke dalam paper cup.

3. Bakar di dalam oven selama 10 minit pada suhu 150 celsius.



Panaskan butter, madu dan gula di dalam periuk sehingga cair dan sebati.





1 kotak cornflakes dituangkan dalam bekas.



Butter, madu dan gula yang telah dicairkan digaul bersama cornflakes.




Masukkan cornflakes ke dalam paper cup dan sedia untuk dimasukkan dalam oven.




Cornflakes Madu yang telah siap dan sedia untuk dihidang.








0 comments:

February 6, 2013

Pulut + Kelapa Parut + Ikan Masin

Posted by En.Mat Ju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Pagi nie saya ada bawa sedikit sarapan yg disediakan oleh makcik saya. Mungkin ada diantara kita yg tidak biasa dgn menu ini tapi boleh cuba, sangat sedap dan yg penting kenyang lah. Pulut, kelapa parut dan ikan masin dihidangkan bersama kopi panas....sangat menyelerakan.




0 comments: