July 30, 2013

Dari Pekeliling Ke Bentong, Pahang

Posted by En.Mat Ju

Minggu lepas saya ke Bentong, Pahang untuk berjumpa kawan lama. Pertama kali naik bas dari Pekeliling , Kuala Lumpur ke Bentong. Bas ke Bentong ada setiap sejam, jadi anda tidak perlu risau untuk ke sana. Pada hari berkenaan saya naik bas Mara Liner . Untuk maklumat lanjut berkenaan tiket dan jadual perjalanan - Sila klik - Tiket bas

Tiket Bas

Sampai je di Bentong, dah hampir waktu berbuka puasa. Jadi saya dan kawan terus ke Restoran Tawakal untuk menjamu selera. Berikut sedikit foto makanan yang kami makan pada hari tersebut. 

Kueh Tiaw Goreng

Kueh Tiaw Tom Yam

Kambing Golek

Fresh Oren Laici

Sirap Laici






0 comments:

Kerabu Pucuk Paku / Paku Pakis

Posted by En.Mat Ju

Kerabu pucuk paku / paku pakis resepi daripada makcik saya, mungkin anda boleh mencuba dan sangat senang untuk disediakan.


Resepi Kerabu Pucuk Paku / Paku Pakis

Bahan-Bahan

-pucuk paku / paku pakis
-santan mentah - dicampur sedikit air yang telah dimasak
-isi ikan - direbus
-kelapa goreng
-lada hitam - ditumbuk
-bawang putih - ditumbuk
-halia - ditumbuk
-serai - ditumbuk
-cili padi - dipotong halus
-air perahan limau 
-garam secubit rasa

Cara Membuatnya

-Masukkan semua bahan kecuali santan dan gaul sehingga sebati.
-Kemudian masukkan santan dan gaul sekali lagi.


Selamat mencuba !

0 comments:

July 29, 2013

Murtabak "Popular" di Kuala Krai

Posted by En.Mat Ju

Minggu lepas saya balik kampung di Kuala Krai. Memang dah fikir dalam kepala, bila balik kampung nak beli murtabak yang boleh kata "popular" jugak lah di Kuala Krai. "Murtabak Pak Lah " . Kedainya bersebelahan stesen atau pam minyak Caltex dan Petronas Guchil. Harga untuk satu murtabak RM 2.50 sahaja.




Selamat berbuka puasa !

0 comments:

July 22, 2013

Shooting : Arena Square Perak

Posted by En.Mat Ju

Tiba-tiba teringat zaman dulu-dulu. Zaman aktif dengan produksi. Gambar ni dirakam semasa saya dan rakan-rakan buat rakaman sempena Hari Terbuka KEMAS yang berlangsung di Arena Square Kuala Kangsar Perak.








0 comments:

July 17, 2013

Tuntutan Harta Pusaka - Proses

Posted by En.Mat Ju

Saya sekadar mahu berkongsi pengalaman dalam menguruskan atau melakukan proses tuntutan harta pusaka. Seperti yang kita semua tahu, masyarakat kita masih lagi tidak peka untuk membuat wasiat secara bertulis. Kebanyakkan daripada kita hanya membuat wasiat secara lisan sahaja. Wasiat secara lisan sangat bermasalah bila ada perkara yang berbangkit.



Wasiat bagi saya sangat penting bagi menggelakkan berlakunya pergaduhan sesama sendiri kerana perebutan atau ketidakadilan dalam pembahagian harta pusaka.

Tuntutan harta pusaka setakat yang saya tahu boleh dibuat melalui Pejabat Tanah Dan Jajahan Negeri asal atau melalui Amanah Raya Berhad . Saya memilih untuk membuat tuntutan melalui Pejabat Tanah kerana kosnya agak murah sedikit daripada Amanah Raya Berhad.

Contoh Borang Tuntutan Harta Pusaka di Pejabat Tanah :






1. Setelah selesai isi borang dan lengkap dengan dokumen sampingan, anda boleh menyerahkan borang tersebut di Pejabat Tanah Daerah. 

2. Tunggu surat daripada Pejabat Tanah untuk menghadiri mesyuarat atau perbicaraan pembahagian harta pusaka. Selalunya atau paling cepat dalam masa 6 bulan daripada tarikh anda menghantar borang di atas.

3. Pejabat Tanah akan mengeluarkan "surat perintah" atau dokumen pembahagian harta pusaka. Melalui "surat perintah" tersebut anda boleh membuat tuntutan segala harta si mati seperti hartanah, rumah, kereta, wang simpanan dan sebagainya.

Prosesnya nampak senang tapi sebenarnya anda akan melalui tempoh masa yang sangat lama untuk menyelesaikan proses tersebut. Jadi kena banyak bersabar dan selalu bertanya di Pejabat Tanah yang berkenaan.

Sekian..



0 comments:

July 10, 2013

Kursus PPK Komik Digital

Posted by En.Mat Ju

Baru-baru ni, saya berkesempatan menjadi urusetia Kursus PPK Komik Digital. Kursus dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bersama B Artistic Events & Advertising Sdn Bhd . Kursus berlangsung di Pearl International Hotel Kuala Lumpur . Sedikit foto sebagai kenang-kenangan.




Para peserta diberi pendedahan berkaitan atau cara menggunakan perisian (software) adobe photoshop dan flash.




Para peserta cuba mempraktikkan segala ilmu semasa kursus.



Group foto

















0 comments:

July 9, 2013

Canadian Pizza sebelum Ramadhan 2013

Posted by En.Mat Ju

  Hari terakhir sebelum bulan Ramadhan setiap opis akan buat makan-makan. Tak ketinggalan kami pon buat jugak lah. Selalunya kami masing-masing bawak makanan sendiri tapi kali ni tak sempat sebab masing-masing sibuk. Jadi kita "order" canadian pizza je. Beberapa foto sebagai kenang-kenangan. Selamat berpuasa semua !..














0 comments:

July 1, 2013

Jejak Kluang, Johor

Posted by En.Mat Ju

Pada 29 jun 2013 yang lepas, saya berkesempatan ke Kluang Johor. Perjalanan memakan masa lebih kurang 11 jam. Menggunakan laluan Pasir Putih - LPT (Lebuhraya Pantai Timur) - Segamat - Air Hitam - Kluang. Sampai saja di Kluang saya terus "check in" di Hotel Anika Inn. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web hotel tersebut http://www.anikainnhotel.com/


Bandar Kluang kedudukannya agak teratur dan banyak kemudahan yang disediakan. Keadaan persekitaran sangat tenang. Banyak tempat yang menarik boleh dilawati antaranya Gunung Lambak World Rainforest Resort, Gunung Belumut (UNESCO), Kolam Renang Taman Kluang Barat, Taman Rekreasi MARDI, Taman Rekreasi Padang Tembak dan UK Agro Farm Resort. 

Datang ke Kluang, perkara kemestian ialah minum kopi yang asli atau kopi popular di Malaysia. Untuk maklumat lanjut http://kluangrailcoffee.com.my/ .


Rasa kopi sangat sedap dan nasi lemak juga "terbaik".


Roti bakar juga sedap.


Jika anda tidak berkesempatan merasa kopi di Stesen keretapi Kluang, anda boleh juga rasa di sini.

Setelah dua hari di sana, saya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas dari Kluang. Semasa di Terminal Bas Kluang saya sempat merasa mee tom yam. 


Ini pula Terminal Bas Kluang, agak sesak sedikit sebab ianya merupakan salah satu pengangkutan utama penduduk Kluang ke Kuala Lumpur. Untuk maklumat jadual bas http://www.journeymalaysia.com/ptakluang.htm .


Terminal Bas Kluang

Setakat ini saja coretan daripada saya, insyaallah ada rezeki saya akan ke Kluang lagi selepas ini.






0 comments: