Keretapi dari KL Sentral ke Kuala Krai
Posted by En.Mat Ju
Pada 14 Jun 2013 yang lepas saya pulang ke kampung dengan menaiki keretapi. Selalunya saya memandu atau naik bas tapi kali ni memilih keretapi. Masa perjalanan untuk sampai ke Kuala Krai memang sudah dijangka ianya melebihi 12 jam. Jadi untuk keselesaan semasa perjalanan saya memilih koc yang berkatil.
Dalam keretapi ada tandas di antara penghubung koc, kantin selalunya di tengah dan berdekatan dengan surau. Kalau anda malas berjalan ke kantin, anda hanya perlu tunggu di tempat duduk. Ini kerana ada penjaja atas keretapi yang akan bawak troli menjual makanan. Tapi harganya agak mahal sedikit.
Dalam keretapi ada juga jenis "lompat", maksud saya ada penumpang yang naik keretapi tanpa tiket. Mungkin mereka ni duduk di kerusi anda. Jika mereka tidak mahu berganjak dari tempat duduk, anda boleh mengadu pada pegawai KTM yang bertugas dalam koc.
Untuk maklumat lanjut mengenai tiket keretapi anda boleh rujuk di website KTM . Saya berharap agar pihak KTM dapat memajukan sistem keretapi di Malaysia. Kerajaan juga sudah merancang untuk mewujudkan "keretapi laju" ke arah selatan dan barat Malaysia. Harap akan datang pantai timur juga ada "keretapi laju" dengan ini akan memendekkan masa perjalanan.
0 comments: