January 31, 2013

Aku & iPad mini

Posted by En.Mat Ju

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kali nie saya hanya mahu berkongsi pengalaman membeli barangan secara "online". Dua minggu lepas, saya dan kawan pegi ke KLCC saje nak tengok gajet yang "hot" kat pasaran sekarang. Sekali saya terpikat dengan iPad mini. Bila tanya tuan punya kedai, dia kata tak ada stok lak...terus kecewa dan pulang ke opis sampai tahap tak ade selera makan....haha.

Oleh kerana nak kan jugak iPad mini tu, saya buat keputusan untuk beli secara "online". Selalunya barang akan sampai dalam masa dua minggu, mungkin saya bernasib baik....lebih kurang seminggu dah sampai iPad mini tersebut. Harganya sama je kalau kita beli kat kedai atau "online". Maklumat lanjut sila layari http://store.apple.com/my










Nama dan tarikh lahir pemilik tertera dibahagian belakang iPad....hehe. Bergantung pada anda nak tulis apa pun kat belakang tu sebenarnya.


0 comments:

January 18, 2013

Sarapan "Bajet" di Jalan Yap Kwan Seng !

Posted by En.Mat Ju

Hari ni saya bersarapan di sebuah warung yang berhadapan AmBank berdekatan Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Warung nie tersorok sedikit, tapi kalau sapa-sapa yang bekerja sekitar sini tahu lah lokasinya. Nama warungnya ialah "Warung Fauziah" atau kita panggil Kak Gee.

Sarapan "bajet"..? . Bajet mungkin bole dimaksudkan sebagai "murah". Pagi ni sarapan saya sangat "simple", nasi goreng + separuh telur rebus + sambal bilis + 2 biji telur rebus separuh masak & teh tarik.

nasi goreng + sambal bilis + separuh telur rebus = RM 1.50

2 biji telur rebus separuh masak + teh tarik = RM 2.60

Bagi saya harganya sangat murah kalau nak dibandingkan dengan kedai lain di sekitar Jalan Yap Kwan Seng nie. Waktu tengahari sangat ramai orang dan masing-masing berebut untuk mendapatkan pilihan lauk yang disediakan. Warung nie dibuka pada pukul 7 pagi - 2 petang sahaja.

Jika anda ada kelapangan boleh lah singgah untuk merasa masakan di sini. Bukan sekadar "murah" tapi makanannya juga "sedap".

sarapan pagi nie..

Nasi Goreng + Sambal Bilis + Separuh Telur Rebus



Teh Tarik



Telur Separuh Masak


2 comments:

January 17, 2013

Rebat RM 200 Pakej Komunikasi Belia.

Posted by En.Mat Ju


Syarat-syarat kelayakan permohonan Pakej Komunikasi Belia ( Rebat RM 200 )

i. Warganegara Malaysia yang berumur di antara 21-30 tahun pada tarikh memohon; 
ii. Pendapatan bulanan adalah RM3,000 dan ke bawah; 
iii. Model telefon pintar 3G yang ditawarkan; 

iv. Untuk langganan baru dan sedia ada pakej jalurlebar; dan 

v. Satu telefon hanya untuk satu belia;



Sangat mudah untuk mendapatkannya bagi yang layak. 

Antara syarikat yang terlibat ialah..(Sila Klik)

Sebelum tu anda hendaklah daftar terlebih dahulu secara "online" di laman web SKMM.

Pendaftaran untuk : Pelajar (Sila Klik)

                            : Pekerja (Sila Klik)

Semoga maklumat di atas dapat membantu anda, sekian...

0 comments:

January 16, 2013

Listen...Listen....Jeans Berharga RM1300....Percaya atau Tidak ?

Posted by En.Mat Ju

Malam Isnin yang lepas, saya dan kawan ronda-ronda sekitar Kuala Lumpur. Sempat pegi makan di Kampung Baru. Nasi kerabu di Kedai Kak Som sangat sedap, Kedai Kak Som juga sangat popular di Kampung Baru. Itu hanya selingan je. Lepas makan, saya dan rakan ke Lorong Haji Taib atau sekitar Chow Kit. Jangan salah sangka pulak, memang kat situ popular dengan aktiviti "persundalan", tapi kami pergi ke kedai "bundle" atau kedai barangan terpakai. Di situ memang banyak kedai "bundle" dan antara barangannya ialah baju, seluar, jaket, kasut dan lain-lain lagi.

Dalam dok pilih-pilih seluar, tiba-tiba mata saya terpaku melihat seluar jeans yang berharga RM1300. Jenama yang tertulis di jeans tersebut ialah Evis. Sedikit perbualan saya dengan jurujual "bundle" yang berasal dari Bangladesh.

Saya : bos, betul ke nie harga RM 1300.....?

Bangla : betul tu...

Saya : berapa bole kurang nie...?

Bangla : bole kurang dalam RM 100 atau RM 200..

Saya : ok2, saya tengok-tengok dulu lah...

Orang Bangla pon pandai "ber'bisnes" kat Malaysia nie. Mereka dah menguasai kedai "bundle" di sekitar Lorong Haji Taib.

Ini lah seluar yang dikatakan berharga RM 1300 tu, gambar kurang kualiti...harap maaf !.




Yang ini pula, seluar jeans "kepala kain" dari Thailand. Harganya dalam RM 50 je.


Saya tak ada pengalaman dalam pemilihan jeans nie, janji murah saya "angkut" je. Mungkin anda lebih mementingkan barang "ori". Kalau "ori" mahal lah harganya. Sekian daripada saya untuk kali ni.


           

0 comments:

January 14, 2013

Kisah Seorang Wanita Tidur Di Bahu Saya !

Posted by En.Mat Ju

   Pada pagi Jumaat lepas, saya ke tempat kerja agak lewat sedikit. Lebih kurang pukul 8.30 pagi naik Lrt di Bangsar. Pagi hari kerja biasa la, Lrt sesak sikit. Bila "train" sampai je, saya terus masuk dan kebetulan ada kerusi kosong. Oleh kerana rasa macam penat sikit ari tu saya terus duduk je. Selalunya saya tak duduk dan berdiri je. Kerusi tu keutamaan kepada wanita mengandung, orang-orang tua dan kanak-kanak.

   Bila saya duduk, ada seorang wanita di sebelah saya. Wanita tersebut sangat "asyik" tido dalam "train" dari stesen Bangsar sampai saya turun kat stesen KLCC dia masih boleh tido. Wanita tu lebih kurang dalam 20an umurnya. Rambutnya panjang lepas paras bahu sedikit. Rambutnya sengaja dibiarkan menutup seluruh muka atau wajahnya bagi mengelakkan daripada dipandang orang ramai. 

   Dari Bangsar sampai ke KLCC saya dapat rasakan 3 kali dia menghantukkan kepalanya di bahu saya tanpa dia sedar. Saya agak wanita tersebut dah kawin, jadi terfikir macam nie...."semalam malam Jumaat, mungkin wanita tersebut menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri"....hahahaha..... itu yang bermain di kepala saya bila tengok pada tahap mengantuk wanita tersebut. 

   Kalau nak cakap pasal tido dalam "train" lelaki pon ade jugak sebenarnya. Apa yang nak saya kongsi di sini, kalau nak tido tu berpada-pada lah. Jangan disebabkan kita tido, orang di sekeliling menjadi tidak selesa. Saya tidak marah wanita tersebut menghantukkan kepalanya dibahu saya, cuma saya risaukan kalau-kalau ada "sisa-sisa air liur" yang terlekat di baju saya. Sangat tak berbaloi untuk balik rumah tukar baju  dan kembali ke tempat kerja.

Gambar Hiasan diambil daripada www.backpackingmalaysia.com



0 comments:

January 11, 2013

"Pencopek" di Hentian Putra

Posted by En.Mat Ju

Hentian Putra seperti yang kita sedia maklum ialah stesen bas ke arah pantai timur. Dekat situ memang tempat tumpuan ramai dan macam-macam gelagat manusia kita bole tengok. Setiap kali nak balik kampung sudah pasti makcik saya akan pesan "kalau nak sembahyang kat surau, beg tu letak kat depan..senang nampak" . Pesanan itu saya tak akan lupa sebab dalam beg yang saya bawak ada barang berharga seperti "laptop" kesayangan. Dengan "laptop" itu lah saya mencari rezeki selama ni.

Semenjak saya merantau di Kuala Lumpur selama 4 tahun ni, rasanya saya sudah arif dengan suasana di Hentian Putra. Anda jangan leka jika membawa barangan yang berharga, di situ memang ada pencuri tanpa kita sedar. Pernah sebelum ni, pelajar universiti yang sedang menunggu bas kehilangan beg berisi laptop. Tapi saya tak nak mengulas tentang kisah pelajar terbabit.

Pada cuti tahun baru yang lepas, saya menaiki bas dari Kuala Krai (Kelantan) lebih kurang jam 11 malam dan sampai di Kuala Lumpur (Hentian Putra) pukul 5.30 pagi. Untuk pulang ke rumah, saya memilih untuk naik Star LRT lebih murah berbanding mengambil teksi yang harganya "cekik darah" di pagi hari. Stesen LRT tak lah jauh, sekarang senang sebab ada jejantas dari Hentian Putra terus ke stesen Star LRT.

Semasa saya berjalan di jejantas terbabit, tiba-tiba datang seorang lelaki yang tingginya lebih kurang saya dan badan tegap sedikit serta berkepala botak. Dari arah belakang : ( lelaki terbabit bercakap dalam loghat Kelantan ).

Lelaki botak : abe...abe...tunggu meta ! (translate : abang...abang...tunggu sekejap ! )

Saya : gapo boh...? ( translate : apa dia  ? )

Lelaki botak : abe...kito ni baru tubek jail, mitok duit sepuloh riya nok wat make...abe amik talipon kito nie.. ( translate :  abang, saya ni baru keluar penjara, mintak duit sepuluh ringgit untuk beli makanan....abang amik telefon saya ni....)

Telefon yang ditawarkan kepada saya mungkin telefon curi. Saya terus menolak pelawaan tersebut.

Saya : kawe tok sir talipon nie boh....kalu demo nok jual, demo jual ko ore lain lah bawoh tu.....( translate : aku tak nak telefon nie....kalau kau nak jual, kau jual je dekat orang lain kat bawah tu....)

Lelaki botak : sepuloh riya jah abe...( translate : sepuluh ringgit je bang )

Saya : tok sir kawe.... ( translate : aku tak nak lah )


Saya meneruskan perjalanan dan lelaki terbabit kembali ke arah stesen bas mungkin untuk mencari mangsa yang lain. Apa yang saya nampak, Hentian Putra sangat tidak selamat. Keselamatan di bahagian letak kereta juga tidak terjamin walaupun ada "cctv". Mungkin ini saje yang dapat saya berkongsi dengan anda semua, berhati-hatilah dengan orang di sekeliling anda bukan sahaja di Hentian Putra, tapi dimana-mana saja.

Sekadar Gambar Hiasan










2 comments:

January 8, 2013

Nasib Seorang Penoreh Getah

Posted by En.Mat Ju

Seperti yang kita tahu, cuaca sepanjang tahun sangat tidak menentu. Namun, saya kagum dengan mereka yang bekerja sebagai "penoreh getah". Mereka masih boleh hidup atau menanggung anak-anak bersekolah walaupun tidak dapat menoreh pada musim tengkujuh. Pasaran getah juga tidak menentu, adakala naik dan adakala harganya turun.


Bila pasaran getah meningkat, kita akan lihat kehidupan "penoreh" ini sangat mewah. Bole kata barangan dalam rumah sebahagiannya ditukar yang baru. Bagi mereka yang kita anggap "veteran" takde apa yang nak ditukar baru, duit hanya disimpan sahaja selain untuk makan dan minum di kedai kopi. 

Walau apa pun, kita harus bersyukur dengan pekerjaan yang ada sekarang. 

2 comments:

Pilihan Hati !

Posted by En.Mat Ju

zaman dulu, mak ayah akan buat pilihan bakal menantu, waktu tu "pengantin perempuan" & "pengantin lelaki" masing2 tak kenal pon, hanya kenal melalui sekeping "gambar" je...zaman sekarang tak bole buat camtu sebab "gambar" sekarang boleh di edit.....!!

0 comments:

January 6, 2013

Belanja atau simpan ...?

Posted by En.Mat Ju

"menyimpan untuk masa depan"...memang btol tu, tapi kadang-kadang terfikir jugak, simpan duit banyak tak sempat merasa kita meninggal...nanti orang lain yang dapat duit tu, jadi bila rasa nak makan sedap tu kita makan je, jangan nak simpan sangat duit tu....!!



0 comments:

Bukit Bintang

Posted by En.Mat Ju

Pada hari Khamis yang lepas (3/1/2013), saya dan rakan sempat meronda-ronda sekitar Bukit Bintang. Di situ agak sesak sedikit walaupun lewat malam. Kita boleh tengok ramai pelancong asing masing-masing dengan aktiviti mereka tersendiri. Ada yang makan-makan, rakam suasana dan melihat persembahan "artis jalanan". Kawasan letak kereta yang berhampiran sangat mahal iaitu RM 10 untuk sejam dan ada pertambahan caj dikenakan untuk tambahan jam berikutnya. Rakan saya berjaya "membodek" penjaga "parking" tersebut agar cajnya hanya RM 10 tanpa tambahan caj untuk pertambahan jam berikutnya.


Bagi yang berbakat dalam bidang melukis dan menyanyi, anda pasti boleh "mencari makan" di sekitar Bukit Bintang.


0 comments:

Budaya Kita

Posted by En.Mat Ju

Di Kelantan, ada perbezaan antara walimatul urus & majlis kesyukuran...walimatul urus, bila kita salam selalunya disertakan "duit" x kesah berapa pun..majlis kesyukuran pula, kita pergi hanya untuk meraikan majlis tu, xde bawak ape2..ade gak dikalangan perempuan atau makcik2 yang bawak "gula" je...sekadar berkongsi budaya, mungkin di tempat lain pon ade yang same....!




0 comments:

"Hamba Allah"

Posted by En.Mat Ju

Bila bersedekah, ramai yang suka menggunakan "Hamba Allah" sebagai nama pena...mgkin itu lebih baik...

Ada yang menggunakan "Hamba Allah" sebab bersedekah atau menderma dengan nilai yang sedikit, manakala nilai yang besar siap buat replika cek lagi untuk memberitahu nilai sedekah tersebut kepada umum..!

Apa-apa pun bersedekahlah dengan ikhlas. 

0 comments:

Skandal !

Posted by En.Mat Ju

Bila bos ade skandal dengan pekerjanya, sudah pasti pekerja tersebut mendapat banyak kelebihan seperti terselamat daripada dibuang kerja, gaji sangat lumayan, bonus setiap bulan, rumah free, kereta free, elaun hiburan free dan sebagainya....tapi harus diingat "kemewahan" tidak menjamin kebahagiaan...!

0 comments:

January 5, 2013

Menjelang Senja

Posted by En.Mat Ju

Bila menjelang waktu senja atau waktu maghrib, pasti ada ibubapa yang melarang anak-anak kecil bermain di luar rumah...waktu itu syaitan sedang berkeliaran ....betul atau tidak sy pon tidak pasti....?

0 comments:

January 4, 2013

Bukti Cinta

Posted by En.Mat Ju

Orang zaman 90an bercinta selalunya ade "bukti"....buktinya kita bole lihat di pokok-pokok, batu-batu besar, kerusi & meja skolah tidak ketinggalan pokok kaktus pon jadi mangsa, kt situ ade "tanda atau lakaran" bentuk hati di dalamnya ade tulis nama pasangan bercinta....!




kualiti gambar kurang memuaskan : contengan yang terdapat di salah sebuah telefon awam.


2 comments:

January 3, 2013

Maggi Sedap

Posted by En.Mat Ju

Ada sorang mak cik menyapa saya..."eh, da gemuk"..saya pon pening gak, tang mana yang gemuknya saya pon x tau...mungkin mak cik tu last jumpa saya waktu blaja dlu kot, waktu tu memang kurus gile la sebab makan maggi je....ape2 pon saya xnk bercakap pasal gemuk atau kurus....isunya tentang " maggi "...."maggi & kenangan" saling berkait rapat, mungkin bila anda makan maggi, anda akan teringatkan sesuatu atau memori lama...!!




0 comments:

Surat Cinta & Bedak

Posted by En.Mat Ju

Teknologi masa kini sangat canggih, banyak perkara yang telah dilupakan dan ditinggalkan jauh ke belakang...antara perkara yg telah luput ditelan zaman ialah "bagaimana hendak menulis surat cinta + bedak di dalamnya"...!!

0 comments:

January 2, 2013

" ilmu kehidupan "

Posted by En.Mat Ju

Ibubapa kita tidak mampu meninggalkan harta yang banyak untuk kita, tetapi ibubapa kita mampu memberikan "ilmu kehidupan" yang boleh digunakan di dunia & akhirat....!

Tidak semua orang yang ibubapanya kaya-raya, yang bergelar Dato' & Tan Sri. Tetapi kita harus terima hakikat dan bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi selama ini. Bagi ibubapa yang kehidupan "biasa-biasa" sahaja, mereka hanya boleh membantu anak-anak mereka dengan memberi nasihat atau tunjuk ajar tentang "ilmu kehidupan" yang juga daripada pengalaman mereka sendiri.

0 comments:

" Kirim Salam Maut "

Posted by En.Mat Ju

Pada zaman 90an dulu-dulu, budak-budak atau remaja.. bila mereka bergaduh pasti akan ada ayat macam ni "kirim salam maut"....!

Seperti yang kita tahu, perkataan "maut" itu sama dengan "kematian"...persoalannya, adakah pergaduhan itu membawa kepada "kematian". Sangat menyedihkan jika pergaduhan itu berpunca daripada kesalahan yang tidak "seberapa" atau perkara-perkara yang remeh-temeh.

Ade juga yang menggunakan "kirim salam maut" untuk kasih sayang dan rindu kepada seseorang atau teman rapat.

0 comments:

January 1, 2013

Wendy's Suria KLCC Grand Opening

Posted by En.Mat Ju

Ini merupakan aktiviti santai saya dan rakan yang terakhir untuk tahun 2012. Kami sanggup beratur panjang untuk mendapatkan sesuatu kepuasan dari segi "selera makan". Satu saje yang saya mahu nyatakan di sini..."Terbaik" !....Ade sedikit gambar untuk tatapan yang diambil daripada facebook Wendy's Malaysia.






0 comments: